Harian Metro

Laksana kawalan harga sempena Hari Natal

-

Kuala Lumpur: Telur gred A, B dan C antara 16 barang yang disenaraik­an dalam Skim Kawalan Harga Barang sempena sambutan Krismas pada 25 Disember ini.

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengumumka­n pelaksanaa­n skim itu akan berkuat kuasa selama lima hari bermula 23 hingga 27 Disember iaitu dua hari sebelum Krismas, pada hari perayaan dan dua hari selepas sambutan perayaan itu.

Selain telur, antara barang disenaraik­an termasuk ayam hidup, ayam standard, ayam super, ayam tua hidup, ayam Belanda import, kepak ayam, daging kambing tempatan bertulang, tomato, lada Benggala hijau, babi hidup, daging babi bahagian perut dan daging babi bahagian lemak.

Harga maksimum runcit bagi telur ayam gred A ditetapkan pada kadar 44 sen manakala gred B adalah 43 sen dan gred C 42 sen sebiji.

“Penentuan harga maksimum pengeluar, borong dan runcit dibuat mengikut kewajaran serta kesesuaian bertujuan memastikan harga ditentukan berpatutan dalam rantaian pengedaran bagi manfaat pengguna dan peniaga.

“KPDNHEP menentukan harga maksimum pengeluar, borong dan runcit berdasarka­n maklumat harga daripada pemantauan harga di semua daerah di seluruh negara sepanjang 2018 serta pada Januari hingga Disember berdasarka­n kepada pungutan harga ditetapkan secara mingguan oleh kementeria­n.

“Kami juga mengambil pandangan pelbagai agensi kerajaan berkaitan iaitu Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) serta perbincang­an dengan pengeluar, pengimport, pembekal dan pemborong,” menurut kenyataan dikeluarka­n di lobi Parlimen, semalam. Kementeria­n menegaskan harga barang bagi negeri dibuat mengikut kesesuaian harga pasaran semasa dan mengambil kira faktor perubahan harga khususnya bagi barang import yang dipengaruh­i harga di negara asal, perubahan kadar tukaran mata wang serta peningkata­n kos utiliti penternak.

“Bagi membendung kenaikan harga yang tidak munasabah oleh peniaga tidak bertanggun­gjawab, tindakan pengeluara­n notis mengikut seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011 dilaksanak­an ke atas mana-mana pihak yang didapati menaikkan harga secara mendadak serta ketara.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhí peraturan mengikut skim ini.

“Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011 serta boleh dikenakan penalti,” katanya.

Bagi kesalahan menjual barang harga terkawal melebihi harga maksimum, individu boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarak­an tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000 dan bagi syarikat mereka boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

FAKTA Tindakan tegas akan

diambil terhadap peniaga yang gagal patuhí peraturan mengikut skim ini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia