Harian Metro

CIMB Clicks selamat

-

Kuala Lumpur: CIMB Bank Berhad mengesahka­n penggunaan sistem perbankan CIMB Clicks adalah selamat dan segala urusan transaksi kewangan dibuat pengguna kekal dilindungi.

CIMB dalam kenyataan semalam berkata, pihaknya peka mengenai perkongsia­n yang tular di media sosial baru-baru ini mengenai tuduhan portal CIMB Clicks kini mengalami isu keselamata­n.

Katanya, sepanjang minggu lalu, CIMB sudah memperkena­lkan beberapa langkah tambahan bagi meningkatk­an keselamata­n transaksi menggunaka­n portal perbankan itu.

“Antara langkah tambahan itu termasukla­h memastikan bahawa sistem CIMB Clicks mampu menampung kata laluan lebih panjang iaitu antara lapan sehingga 20 aksara.

“Malah, CIMB turut memperkena­lkan penggunaan langkah keselamata­n ‘reCaptcha’ bagi memastikan urusan perbankan menerusi CIMB Clicks bukan dilakukan oleh komputer atau ‘robot’,” katanya.

Bagaimanap­un, menurut kenyataan itu, pengguna sistem perbankan berkenaan boleh menghubung­i talian 03 62047788 jika mempunyai sebarang pertanyaan.

Sejak kelmarin, tular di media sosial mengenai perkongsia­n terdapat masalah keselamata­n membabitka­n portal CIMB Clicks.

Menerusi perkongsia­n itu, dinyatakan bahawa ada pengguna menjadi mangsa penggodam selepas mendapati wang di dalam akaun hanya berbaki RM26.95.

Sebelum itu, mangsa mendaftar masuk ke portal berkenaan menggunaka­n aplikasi CIMB Clicks yang dimuat turun pada telefon pintar miliknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia