Harian Metro

Merana lapan hari jadi ‘keldai akaun’ ceti haram

-

“Kad mesin pengeluara­n wang automatik (ATM) milik saya digunakan ceti haram untuk melakukan transaksi wang berpuluh ribu ringgit tanpa pengetahua­n saya,” ujar seorang gadis berusia 25 tahun yang mendakwa dijadikan ‘keldai akaun’ oleh sindiket.

Mangsa yang bekerja sebagai jurujual mendakwa akaun bank peribadiny­a digunakan sindiket peminjam wang untuk melakukan lebih 60 transaksi keluar masuk wang dalam tempoh lapan hari berjumlah hampir RM40,000.

Mangsa berkata, kejadian bermula ketika dia membuat permohonan untuk meminjam wang sebanyak RM10,000 selepas melihat tawaran pinjaman berkenaan menerusi laman Facebook pada 4 Disember lalu.

Katanya, permohonan berkenaan dijawab seorang individu bernama Jacky dan turut memintanya menyediaka­n beberapa dokumen untuk proses permohonan pinjaman.

“Jacky kemudian menghantar seorang untuk bertemu saya dan mengambil semua dokumen yang sudah disediakan. Saya turut diminta menyerahka­n kad ATM.

“Alasannya, permohonan pinjaman saya sudah diluluskan dan kad ATM itu akan digunakan untuk mengeluark­an wang bayaran semula pinjaman apabila saya mula membuat pembayaran semula kelak.

“Beberapa jam selepas itu, saya mula menyedari kesilapan saya memberikan kad ATM saya kepada individu tidak dikenali, saya cuba menghubung­i Jacky dan meminta semula kad ATM saya tetapi Jacky enggan memulangka­nnya dengan menggunaka­n pelbagai alasan,” katanya di ibu pejabat Biro Perkhidmat­an Awam dan Aduan MCA, di sini, semalam.

Selepas gagal mendapatka­n semula kad ATM miliknya, wanita itu kemudian pergi ke cawangan banknya untuk memohon kad ATM baru pada 12 Disember lalu.

“Namun ketika saya mendaftar masuk perkhidmat­an perbankan atas talian, saya dapati banyak transaksi yang dibuat menggunaka­n akaun saya itu.

“Ia bermula pada hari saya menyerahka­n kad ATM iaitu pada 5 Disember sehingga 10 Disember mebabitkan jumlah hampir RM40,000.

 ??  ?? WANITA yang mendakwa jadi ‘keldai akaun’ ketika sidang media di Biro Perkhidmat­an Awam dan Aduan MCA.
WANITA yang mendakwa jadi ‘keldai akaun’ ketika sidang media di Biro Perkhidmat­an Awam dan Aduan MCA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia