Harian Metro

Lelaki diculik hutang RM50,000

- Shahrinnah­ar Latib cnews@nstp.com.my

 Polis selamatkan mangsa dikurung, diikat di Pasir Mas selepas 3 hari dilarikan dari Maran

Polis menyelamat­kan seorang lelaki diculik, dikurung dan diikat menggunaka­n tali di sebuah rumah di Pasir Mas, Kelantan selepas tiga hari dilarikan sekumpulan individu dari rumahnya di Jengka, Maran pada 10 Disember lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Othman Nanyan berkata, dalam kejadian 11 malam itu, mangsa berusia 41 tahun yang berada di rumahnya tiba-tiba didatangi sekumpulan lelaki menaiki sebuah Perodua Myvi.

“Mangsa kemudian diheret ke dalam kereta sebelum dilarikan ke kawasan tidak diketahui mangsa dan dikurung.

“Isteri mangsa berusia 41 tahun membuat laporan mengenai kejadian berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, semalam.

Bertindak atas laporan polis itu dan hasil siasatan dijalankan, beliau berkata, sepasukan anggota dan pegawai polis menyerbu sebuah rumah di Pasir Mas, Kelantan jam 11 malam 13 Disember lalu.

“Hasil serbuan berkenaan, kita dapat menyelamat­kan mangsa yang diikat di dalam sebuah bilik serta menahan enam lelaki berusia antara 30 hingga 60 tahun dipercayai terbabit dengan kes ini.

“Pemeriksaa­n ke atas mangsa mendapati ada kesan kecederaan di badan dan pergelanga­n tangannya.

“Kita turut merampas sebuah Perodua Myvi yang digunakan dalam kes ini,” katanya.

Othman berkata, siasatan mendapati motif kejadian dipercayai disebabkan mangsa yang tiada pekerjaan tetap mempunyai hutang RM50,000 dengan seorang daripada suspek .

“Mangsa dikatakan menjadi orang tengah bagi pembelian baja berharga RM126,000 namun baki RM50,000 mangsa tidak mampu bayar menyebabka­n dia dikurung suspek untuk tujuan supaya isteri mangsa membayar baki hutang berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan (menculik dan melarikan seseorang dengan niat mahu mengurung dengan sulit dan salah), jika sabit kesalahan, boleh dipenjara hingga tujuh tahun dan boleh didenda,” katanya. Sementara itu, dalam kes berasingan, Othman berkata, pihaknya menumpaska­n kumpulan pecah rumah Geng Estima Hitam selepas menahan tiga lelaki dipercayai dalang kumpulan terbabit di Rantau Panjang, Kelantan pada 4 Disember lalu.

Beliau berkata, suspek berusia lingkungan 28 hingga 39 tahun itu ditahan selepas dipercayai terbabit dengan 11 kes pecah rumah di empat negeri berlainan.

 ??  ?? OTHMAN (kiri) melihat barangan yang dirampas dalam beberapa kes jenayah yang berjaya diselesaik­an.
OTHMAN (kiri) melihat barangan yang dirampas dalam beberapa kes jenayah yang berjaya diselesaik­an.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia