Harian Metro

‘Kami ke Madagascar guna wang sendiri’

-

Kuala Lumpur: “Kami ke Madagascar dengan menggunaka­n wang sendiri.”

Itu dijelaskan jurucakap Voice370 yang juga kumpulan waris mangsa MH370, Grace Subathirai Nathan yang memberitah­u sehingga hari ini, pencarian mereka di Madagascar dan lawatan ke Makmal Biro Keselamata­n Pengangkut­an Australia (ATSB) di Australia menggunaka­n dana mereka sendiri.

Menurutnya, mereka pernah merancang untuk mengumpul dana AS$15 juta (RM66.7 juta) bagi membuat misi pencarian sendiri pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014 jika kerajaan tidak membuat apa-apa keputusan untuk meneruskan pencarian pesawat itu.

“Kami pernah menyatakan akan mencari dana sekiranya kerajaan mengesahka­n misi pencarian pesawat MH370 tidak disambung lagi.

“Namun sehingga ke hari ini, kami tidak melancarka­n pun kutipan dana untuk tujuan pencarian itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, niat mereka ke Madagascar adalah untuk berjumpa dengan nelayan dan penduduk di tepi pantai dengan harapan dapat bangkitkan kesedaran, ajar mereka bagaimana untuk kenal pasti dan kumpul serpihan selain apa perlu dilakukan dengan serpihan bila ia ditemui.

“Usaha kami berbaloi kerana berkat lawatan itu, nelayan menemui beberapa serpihan pesawat dan itu yang diserahkan kepada Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke Siew Fook, hujung bulan lalu.

“Ia belum berakhir dan MH370 tidak boleh kekal misteri. Kerajaan perlu meneruskan pencarian bukan untuk kami tetapi buat semua orang,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia