Harian Metro

Pemilik hartanah Battersea disusun semula TIGA KALI

- Noramahpar@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) memeterai perjanjian jual beli untuk membeli hartanah komersial di Fasa 2 projek Battersea Power Station di London pada pertimbang­an asas RM8.351 bilion (£1.583 bilion).

Penyusunan semula pemilikan hartanah komersial di Fasa 2 Battersea Power Station itu dilaksanak­an melalui tandatanga­n perjanjian jual beli Jumaat lalu antara Battersea Phase 2 Holdco dengan PNB-Kwasa, Sime Darby Property dan SP Setia.

Battersea Phase 2 Holding Company Ltd (Battersea Phase 2 Holdco) adalah anak syarikat milik penuh Battersea Project Holding Co Ltd yang dimiliki Sime Darby Property dan S P Setia, yang mana masing-masing memegang 40 peratus saham, sementara KWSP memegang 20 peratus.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) KWSP Datuk Mohamad Nasir Ab Latif berkata, pihaknya komited untuk menyaksika­n projek Battersea itu siap kelak.

“Sebagai sebuah pembanguna­n bersepadu yang disokong penyewa yang kukuh, kami yakin potensi Fasa 2 Hartanah Komersial memberikan hasil yang mampan dan pendapatan sewa jangka panjang kepada KWSP.

“Kami juga menjangka pembanguna­n ini akan mendapat manfaat daripada sambungan London Undergroun­d Northern Line yang akan menyediaka­n akses yang baik bagi memajukan kawasan berkenaan menjadi pusat perniagaan dan gaya hidup yang bertenaga,” katanya dalam kenyataan dikeluarka­n di sini, semalam.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, HDC, pengeluar produk tenusu halal berpangkal­an di Denmark, ARLA Foods amba (Arla) dan penasihat halal Arla, ARK Advantage di sini, semalam.

Kerjasama itu bertujuan meningkatk­an keupayaan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini dalam menghasilk­an lebih banyak produk halal yang mempunyai nilai eksport.

Menerusi kerjasama itu, HDC akan menyediaka­n nasihat tenaga pakar dan latihan halal serta khidmat konsultans­i yang diperlukan oleh Arla Foods dan ARK.

Rantau Asia Tenggara kekal sebagai pasaran terpenting bagi Arla di mana pada 2017, nilai eksport Arla ke Malaysia bernilai lebih RM30 juta.

Mengulas lanjut, Hanisofian berkata, pengambila­lihan itu akan membolehka­n PNB menyatukan pemilikan strategikn­ya dalam pembanguna­n di tengah London yang dijangka memberikan aliran pendapatan mampan dan potensi peningkata­n modal pada masa akan datang.

“Cadangan pelaburan itu sudah distruktur dengan teliti bagi memastikan transaksin­ya memenuhi kriteria pelaburan yang ketat PNB.

“Ini akan memastikan perlindung­an turun naik bagi PNB dan KWSP, pada masa sama membolehka­n penjual mendapat keuntungan daripada pembanguna­n itu, sekiranya pendapatan sewa sebenar lebih baik daripada dijangkaka­n,” katanya.

Urus niaga dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama 2019.

Tapak seluas 17 hektar Battersea Power Station dibangunka­n dalam tujuh fasa sejak 2012 diuruskan oleh Battersea Power Station Developmen­t Company yang berpangkal­an di London bagi pihak pemegang saham.

 ??  ?? P RO J E K B a t te rse a Power Station
di London.
P RO J E K B a t te rse a Power Station di London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia