Harian Metro

Pindah wang

- Sofyan Rizal Ishak cnews@nstp.com.my

 Khidmat DuitNow tersedia menerusi 14 bank

DuitNow, perkhidmat­an pembayaran elektronik baru daripada Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) yang membolehka­n pelanggan bank memindahka­n wang secara serta-merta dan selamat dengan menggunaka­n nombor telefon bimbit penerima, kini tersedia kepada orang ramai menerusi 14 bank tempatan dan juga asing.

Dalam kenyataan dikeluarka­n, PayNet berkata, perkhidmat­an itu yang tersedia bermula semalam dilancarka­n melalui saluran perbankan Internet atau mudah alih bank iaitu Ambank (M) Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, Bank of China (Malaysia) Bhd, BNP Paribas Malaysia Bhd, CIMB Bank Bhd, Citi Bank Bhd, Heong Leong Bank Bhd and HSBC Bank Malaysia Bhd.

Bank yang lain ialah Malayan Banking Bhd, OCBC Bank (Malaysia) Bhd, Public Bank Bhd, RHB Bank Bhd, Standard Chartered Bank Malaysia Bhd dan United Overseas Bank (Malaysia) Bhd.

Susulan daripada pelancaran itu, rangkaian institusi yang menawarkan perkhidmat­an DuitNow akan diperluask­an dengan penambahan 17 bank dan syarikat e-dompet tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet, Peter Schiesser berkata, pelanggan kini boleh melihat, mengubah suai atau memindahka­n pendaftara­n DuitNow melalui saluran perbankan Internet dan mudah alih di bank terbabit.

Menurutnya, bank di Malaysia bekerjasam­a bagi memberi kemudahan kepada pelanggan supaya mereka dapat melihat pendaftara­n masing-masing di semua bank apabila mengunjung­i perbankan Internet atau mudah alih bagi mana-mana daripada bank terbabit.

“Kami amat berbesar hati dengan sambutan daripada jutaan rakyat Malaysia yang mendaftar untuk DuitNow yang membolehka­n mereka menerima dana dengan menggunaka­n nombor telefon bimbit dan nombor MyKad mereka,” katanya dalam kenyataan di sini, baru-baru ini.

Pemindahan dana sehingga RM5,000 adalah percuma bagi semua pengguna dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di mana pelanggan boleh melakukan pemindahan dengan mengakses tab DuitNow di bawah menu ‘Pemindahan Dana’ di saluran perbankan internet atau mudah alih bank masing-masing.

Sesetengah bank juga akan mengetepik­an caj transaksi DuitNow bagi pemindahan dana melebihi RM5,000.

Beliau berkata, DuitNow adalah fasa pertama dalam langkah beberapa tahun oleh industri perbankan untuk memodenkan infrastruk­tur pembayaran runcit di Malaysia.

“Usaha ini bertujuan memperkena­lkan satu platform yang kos efektif, tangkas dan fleksibel bagi menyokong produk e-pembayaran yang inovatif dan baharu,” katanya.

DuitNow adalah perkhidmat­an yang membolehka­n pelanggan bank memindahka­n wang secara serta-merta dan selamat dengan menggunaka­n nombor telefon bimbit penerima.

Pelanggan yang ingin menerima pemindahan dana melalui DuitNow dengan menggunaka­n nombor telefon bimbit mereka perlu melakukan pendaftara­n satu kali saja untuk memautkan nombor telefon bimbit ke nombor akaun bank mereka.

Mereka juga boleh memautkan nombor MyKad atau MyPR, nombor tentera atau polis, nombor pasport atau nombor pendaftara­n perniagaan ke akaun bank mereka untuk menerima wang.

Sempena pelancaran DuitNow, satu peraduan akan dijalankan di seluruh negara bermula 8 Januari 2019 nanti di mana pelanggan yang mendaftar untuk menerima dana melalui DuitNow berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai jutaan ringgit.

Peraduan ini akan menggalakk­an lebih ramai rakyat Malaysia mengamalka­n gaya hidup tanpa transaksi tunai dengan memberi ganjaran kepada mereka yang menggunaka­n transaksi DuitNow.

Untuk maklumat lanjut, layari www.duitnow.my.

 ??  ?? SCHIESSER (dua dari kanan) pada pelancaran DuitNow.
SCHIESSER (dua dari kanan) pada pelancaran DuitNow.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia