Harian Metro

Bomoh selebriti Brazil serah diri selepas didakwa merogol

-

Brasilia: Seorang bomoh terkenal Brazil mempunyai kebolehan luar biasa menyembuhk­an penyakit menyerah diri kepada polis selepas diburu kerana dituduh mencabul dan merogol lebih 300 pesakitnya.

Satu waran tangkap dikeluarka­n pada Jumaat lalu terhadap Joao Teixeira de Faria, 76, yang dikenali sebagai “John of God.”

Beberapa akhbar tempatan melaporkan Faria ditahan dan menyerah diri kepada pihak berkuasa di sebatang jalan di Abadiania.

Satu video yang dirakam wartawan dan disiarkan di saluran berita TV Globo menunjukka­n Faria yang kelihatan tidak terurus keluar dari sebuah kereta sebelum menyerah diri kepada polis yang sedang menunggu.

Beberapa stesen televisyen menyiarkan siaran secara langsung Faria tiba di ibu pejabat polis Goiania, ibu negeri Goias dengan menaiki sebuah kereta peronda polis.

Sejak 1976, Faria mengetuai sebuah pusat pemulihan rohani di Goias iaitu sebuah bandar kecil di tengah negara Brazil.

Faria terkenal selepas didakwa mempunyai kuasa luar biasa yang mampu menyembuhk­an pelbagai jenis penyakit hingga menyebabka­n ribuan orang termasuk selebriti datang ke pusat rohaninya setiap hari.

Populariti Faria semakin meningkat selepas pengacara terkenal Oprah Winfrey dalam program bual bicaranya melaporkan mengenai kebolehan luar biasa lelaki itu pada 2013.

Skandal itu tercetus apabila TV Globo menyiarkan satu laporan siasatan mengenai Faria termasuk pengakuan daripada beberapa wanita yang mendakwa bomoh itu mencabul dan merogol mereka dengan alasan untuk mengubati penyakit.

Faria berkemungk­inan didakwa atas tuduhan rogol dan berdepan hukuman penjara 10 hingga 15 tahun jika disabitkan bersalah. Agensi

 ??  ?? FARIA (tengah) diberi kawalan ketat polis selepas ditahan. - Agensi
FARIA (tengah) diberi kawalan ketat polis selepas ditahan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia