Harian Metro

Jubah Palestin pakaian angkat sumpah Rashida Hamas mahu Palestin bersatu

- AFP

Detroit: Wakil Demokrat dari Michigan, Rashida Tlaib, akan memakai pakaian tradisiona­l Palestin ketika majlis angkat sumpah sebagai Ahli Kongres Amerika Syarikat, bulan depan.

Rashida berketurun­an Palestin dan Ilhan Omar, berketurun­an Somalia, menjadi dua wanita Islam pertama terpilih sebagai Ahli Kongres Amerika November lalu.

Menurut laporan AlJazeera, Pakaian tradisiona­l Palestin itu, sejenis jubah sehingga buku lali dipakai wanita di negara-negara Arab dan sesetengah kawasan Afrika.

Jubah wanita Palestin biasanya mempunyai corak berwarna merah namun setiap bandar Palestin mempunyai gaya jubah yang tersendiri.

Rashida, 42, memenangi pilihan raya daerah ke-13 Michigan manakala Ilhan menang di daerah kelima Minnesota, menggantik­an Ahli Kongres Islam pertama, Keith Ellison, yang akan bertanding dalam pemilihan peguam negeri.

Rashida dilahirkan di Detroit dan ibu bapanya adalah pendatang Palestin dengan ibunya berasal dari perkampung­an Beit Ur al-Fauqa dekat Ramallah, Tebing Barat, manakala bapanya dari Beit Hanina, Baitulmaqd­is Timur yang dijajah Israel.

Beliau mencatat sejarah pada 2008 apabila memenangi pemilihan wakil rakyat Michigan, iaitu wanita Islam pertama terpilih.

Awal bulan ini, Rashida memberitah­u The Intercept, beliau merancang mengetuai delegasi ahli kongres ke Tebing Barat yang dijajah, memecah tradisi ke Israel untuk ahli baru kongres yang diamalkan sejak berdekad lalu. - Agensi

Pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniya, menegaskan kesediaann­ya bertemu Presiden Palestin Mahmoud Abbas di mana saja bagi membincang­kan masalah perpecahan dalam dua pertubuhan Palestin itu.

Ismail membuat kenyataan itu ketika berucap sempena sambutan ulang tahun ke-31 penubuhan Hamas di Bandar Raya Gaza semalam, yang dihadiri puluhan ribu penduduk Palestin.

Anggota sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam, turut menghadiri perhimpuna­n itu dengan berpakaian celoreng serta membawa pelbagai jenis senjata api.

Menurut AlJazeera, Ismail menegaskan kesediaan pertubuhan­nya untuk ‘mematuhi apa saja yang diperlukan’ bagi memulihkan

 Sedia bertemu Presiden Mahmoud Abbas bagi membincang­kan masalah perpecahan

perpaduan penduduk Palestin dan menamatkan perpecahan.

Beliau turut menyatakan kesediaan mengadakan pilihan raya, sama ada presiden atau parlimen.

Bulan lalu, delegasi Hamas dan Fatah bertemu dengan pegawai Mesir di Kaherah dalam usaha menamatkan perpecahan penduduk Palestin.

AFP melaporkan, Ismail memuji perjuangan menentang Israel di Tebing Barat berikutan beberapa serangan terhadap Israel.

Dalam dua kejadian minggu lalu, dua tentera Israel maut ditembak di Tebing Barat dan Ramallah.

Pasukan keselamata­n Israel menahan sekurang-kurangnya 37 anggota Hamas berhubung kejadian itu.

Ismail berkata, serangan akan diteruskan sehingga dasar Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di rantau berkenaan dihentikan, terutama pemindahan Kedutaan Amerika ke Baitulmaqd­is.

Kumpulan bersenjata Palestin di Gaza, termasuk Hamas, berperang tiga kali dengan Israel sejak 2008.

 ??  ?? ISMAIL (tiga dari kanan) ketika tiba di perhimpuna­n sambutan ulang tahun ke-31 penubuhan Hamas di Bandar Raya Gaza, semalam. - Agensi
ISMAIL (tiga dari kanan) ketika tiba di perhimpuna­n sambutan ulang tahun ke-31 penubuhan Hamas di Bandar Raya Gaza, semalam. - Agensi
 ??  ?? PULUHAN ribu penduduk Palestin menghadiri perhimpuna­n itu. - Reuters
PULUHAN ribu penduduk Palestin menghadiri perhimpuna­n itu. - Reuters
 ??  ?? “INILAH yang akan saya pakai ketika angkat sumpah Kongres. #Palestinia­nThobe #ForMyYama,” tulis Rashida melalui Instagram, Jumaat lalu. Yama bermaksud ibu dalam bahasa Arab. - Agensi
“INILAH yang akan saya pakai ketika angkat sumpah Kongres. #Palestinia­nThobe #ForMyYama,” tulis Rashida melalui Instagram, Jumaat lalu. Yama bermaksud ibu dalam bahasa Arab. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia