Harian Metro

Padah hidu stoking

 Lelaki dirawat di hospital selepas terkena jangkitan teruk pada paru-paru

- Agensi

Tabiat pelik seorang lelaki di China yang ketagih menghidu stoking busuknya setiap hari akhirnya membawa padah apabila dia mengalami jangkitan kulat yang teruk pada paru-parunya.

Menurut laporan media tempatan, setiap hari lelaki berasal dari Zhangzhou, tenggara China itu akan menghidu stoking dipakainya selepas balik bekerja.

Mirror Online melaporkan, selepas pulang dari bekerja, lelaki itu menukar pakaian tetapi akan menghidu stoking yang dipakainya sepanjang hari.

Tabiat pelik itu menyebabka­n paru-parunya dijangkiti kulat yang terdapat pada stoking yang terbentuk akibat kakinya yang berpeluh.

Spora kulat yang terdapat pada stoking tersebar ke paru-parunya apabila dia menghidu pakaian berkenaan.

Jangkitan itu menyebabka­n lelaki berkenaan mengalami batuk yang teruk dan sukar bernafas hingga terpaksa mendapatka­n rawatan di hospital.

Doktor yang membuat imbasan X-ray mendapati lelaki itu mengalami jangkitan yang teruk pada paru-paru.

Laporan perubatan kemudian mengesahka­n jangkitan itu berpunca daripada tabiatnya yang ketagih menghidu stoking setiap hari.

Lelaki yang tidak dinamakan itu ditahan di hospital untuk rawatan lanjut sebelum dibenarkan keluar selepas keadaannya pulih.

Ketagihan pada bau stoking pernah dilaporkan media di beberapa negara sebelum ini tetapi ini kali pertama menyebabka­n pelakunya di masukkan ke hospital.

Pada awal tahun ini, seorang lelaki di Amerika Syarikat dilaporkan sanggup membayar sejumlah wang kepada wanita untuk mendapatka­n stoking busuk yang dipakai mereka.

 ??  ?? GAMBAR imbasan X-ray
yang menunjukka­n ada jangkitan pada paru-paru lelaki berkenaan. - Agensi
GAMBAR imbasan X-ray yang menunjukka­n ada jangkitan pada paru-paru lelaki berkenaan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia