Harian Metro

42 cedera dalam letupan gas di Jepun

-

Tokyo: Sekurang-kurangnya 42 orang cedera dalam satu letupan dipercayai berpunca daripada kebocoran gas yang memusnahka­n sebuah bar yang diperbuat daripada kayu dan sebuah pejabat hartanah di utara Jepun, kata polis dan media tempatan.

Letupan kuat berlaku lewat kelmarin di Sapporo di pulau Hokkaido yang menyebabka­n bangunan berhampira­n bergegar, cermin pecah dan cebisan kayu bertaburan.

Beberapa penduduk menyangka letupan kuat itu adalah gempa bumi.

Polis memberitah­u, seorang mangsa parah manakala mangsa yang lain dilaporkan mengalami kecederaan ringan. Beberapa kanak-kanak juga dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

“Saya terdengar bunyi ‘bang’ seperti guruh yang kuat dan kondominiu­m saya bergegar,” kata seorang penduduk kepada The Japan Times. Polis kini menyiasat punca letupan berkenaan yang berlaku di daerah Toyohira.

Seorang saksi memberitah­u dia terhidu bau gas selepas letupan dan agensi berita Kyodo melaporkan pegawai di pusat keselamata­n gas mengesan lima tong gas di luar bar berkenaan dan dua di luar pejabat hartanah.

Puluhan anggota bomba berusaha mengawal kebakaran selama hampir enam jam dan rakaman televisyen menunjukka­n api besar dan asap tebal menjulang tinggi di angkasa.

Hampir semua tingkap di sebuah apartmen berhampira­n pecah dan kenderaan yang diletakkan di tepi jalan diliputi sisa runtuhan bangunan yang bertaburan.

Pihak berkuasa bandar itu turut membuka pusat perlindung­an kepada berpuluh-puluh penduduk selepas rumah mereka rosak dalam letupan berkenaan.

 ?? - Reuters ?? GAMBAR dari udara menunjukka­n kesan letupan kuat yang memusnahka­n sebuah bar dan pejabat di Sapporo, Hokkaido di utara Jepun kelmarin.
- Reuters GAMBAR dari udara menunjukka­n kesan letupan kuat yang memusnahka­n sebuah bar dan pejabat di Sapporo, Hokkaido di utara Jepun kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia