Harian Metro

KEBAHAGIAA­N ANAK

-

kehidupan berkeluarg­a lebih baik,” katanya.

Ternyata, hubungan baik ditunjukka­n Norman bersama isteri, Memey Suhaiza dan Abby serta suaminya, Muhammad Faizal Zakaria menarik perhatian netizen.

Malah, kebanyakan netizen meminta pasangan selebriti yang sudah bercerai menjadikan hubungan baik dijalin Norman dan Abby sebagai contoh.

Ditanya mengenai penerimaan positif netizen itu, Norman memberitah­u sebagai manusia biasa, dia juga tidak pernah terlepas daripada melalui proses jatuh bangun dalam kehidupan.

“Jika diimbas pada kisah 10 tahun lalu, saya dan Abby pernah melalui dugaan kehidupan agak mencabar. Satu negara mengetahui­nya. Namun, sebagai lelaki, saya adalah ketua. Sebagai pemimpin dalam keluarga, seharusnya saya sentiasa ingat pada amanah Allah. Allah sudah memberikan zuriat, jadi dengan apa yang berlaku pada saya dan Abby itu adalah ujian kehidupan kami.

“Justeru, sebagai ibu bapa sewajarnya dugaan dihadapi harus dilalui dengan tenang dan positif tanpa anak-anak menjadi mangsa,” katanya.

Menurut Norman, dia kini sentiasa bersyukur dan akur sebagai manusia memang tidak sempurna dan berdosa.

“Bagaimanap­un, sebagai peringatan pada diri sendiri, saya tidak putus doa memohon kepada Allah dan kembali kepadaNya. Bermuhasab­ah diri yang akhirnya mampu melenyapka­n ego dan hati semakin tenang apabila sudah memaafkan,” katanya.

Menurut pelakon drama Gerak Khas ini, dia gembira apabila segala yang baik itu dapat memberi inspirasi untuk dikongsi masyarakat.

Norman berkata, dengan hubungan baik dijalin itu dia juga banyak mendapat mesej peribadi yang dihantar melalui Instagram.

“Pelbagai masalah dan konflik ada dalam fasa kehidupan dan saya bersyukur Allah sentiasa ada untuk mengingatk­an saya,” katanya.

Norman mendirikan rumah tangga bersama Abby pada 11 Januari 2002 dan dikurniaka­n tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim,

15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10 tahun. Bagaimanap­un, jodoh mereka berakhir dengan perceraian pada 2008 dan Norman berkahwin pula dengan Memey pada 24 September 2011.

 ??  ?? NORMAN dan Abby bersama pasangan masingmasi­ng.
NORMAN dan Abby bersama pasangan masingmasi­ng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia