Harian Metro

HATTAN MASIH ‘BERBISO’

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Ubat kerinduan peminat tampil dengan persembaha­n istimewa di ibu kota, Sabtu lalu

Tidak dinafikan Datuk Hattan antara penyanyi senior yang cukup berbisa dan berkarisma di atas pentas. Bukan saja dihormati berdasarka­n profil karier muziknya, malah Hattan juga dilabel sebagai penghibur sejati.

Sabtu lalu, Hattan, 53, kembali mengubat kerinduan peminatnya apabila tampil dengan persembaha­n istimewa di House, G Tower, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Kehadiran penonton tidak terjejas walaupun bertembung dengan final Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dengan Vietnam yang turut berlangsun­g pada malam itu.

Bercerita mengenai persembaha­n itu, Hattan berkata, dia sangat berpuas hati dengan sambutan pada malam itu dan tidak kisah untuk menambah lagu.

“Sebenarnya sambutan kali ini benar-benar menaikkan lagi semangat saya untuk tidak berhenti menyanyi. Melihat pada sokongan diterima membuatkan saya sangat kagum.

“Saya tidak bimbang sangat disebabkan jualan tiket 300 keping habis dijual sebelum ini. Bagaima- napun, ada dalam 50 orang tidak dapat hadir kerana mereka mahu menonton perlawanan bola sepak,” katanya.

Hattan juga berbangga apabila dapat melakukan persembaha­n di pusat hiburan berkenaan yang begitu selektif memilih penghibur.

Menurutnya, peluang itu sendiri adalah satu penghormat­an terhadap dirinya.

“Seperkara mengenai lokasi ini, mereka sangat memberi sokongan terhadap artis tempatan. Saya ada bercakap juga dengan pemiliknya dan dia berkata, bukan saja artis ‘otai’ namun mereka turut mengalu-alukan penyanyi baru meningkat naik.

“Cumanya, sekarang ini penyanyi generasi baru tiada tempat untuk membuat persembaha­n seperti ini. Saya berharap peluang sebegini memberi ruang kepada mereka membuat persembaha­n pula,” katanya.

Menurut Hattan, dia juga teruja untuk menjayakan konsert bersama Hazama dan Azlan The Typewriter yang berlangsun­g di Dewan Filharmo- nik Petronas (DFP), tahun depan.

“Konsert berkenaan antara yang saya nantikan disebabkan ia menggabung­kan tiga generasi penyanyi tempatan.

“Saya juga buat pertama kali akan diiringi pemuzik orkestra. Bukan tidak pernah diiringi muzik orkestra sebelum ini, namun untuk persembaha­n di DFP adalah sesuatu yang berbeza buat saya,” katanya.

Dalam pada itu, Hattan turut menyeru penyanyi generasi baru meluangkan masa untuk menonton persembaha­n ‘otai’ supaya belajar cara mereka.

“Kalau saya sendiri, sebaik naik pentas kena beri persembaha­n yang sangat ikhlas. Saya cuma nak nyanyi, hiburkan orang dan dapat bagi supaya mesej saya sampai.

“Sebagai penyanyi ‘otai’, kami buat persembaha­n sebegini dengan harapan penyanyi baru juga dapat datang. Dulu-dulu, kami pun buat perkara sama misalnya pergi menonton Datuk Ramli Sarip dan belajar daripada mereka yang lebih berpengala­man.

“Bagaimanap­un, nampak gayanya tiada siapa yang datang, tapi tidak mengapa. Harap mereka akan datang pula selepas ini,” katanya.

Pada persembaha­n yang berdurasi lebih dua jam itu, beberapa rakan artis turut hadir memberikan sokongan kepada Hattan. Antaranya Joe Wings yang tidak keberatan naik ke pentas dan bermain gitar untuk beberapa lagu.

Dihadiri lebih 300 penonton, Hattan memberikan persembaha­n bertenaga menerusi lagu popularnya termasuk Biso Bonar, Memburu Rindu, Mahligai Syahdu, Rendang Tak Berbuah dan Dia.

 ??  ??
 ??  ?? HATTAN puas dapat hiburkan
penonton.
HATTAN puas dapat hiburkan penonton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia