Harian Metro

Nasib baik keluarga kaya

-

Walaupun pembabitan pelakon wanita ini dalam bidang lakonan masih baru tetapi dia sudah berjaya memenangi beberapa anugerah.

Tahniah SS ucapkan. Namun, tetap ada cerita kurang manis mengenai dirinya yang dikatakan bersikap sombong dan berlagak orangnya.

Justeru, dek kerana sikap tidak disenangi ramai itu membuatkan nama pelakon wanita berkenaan yang teringin menjadi pengacara ditolak stesen TV.

Pun begitu, mujur juga pelakon wanita itu lahir dalam keluarga berada dan dengarnya dia kini sudah memiliki produksi sendiri.

Menerusi produksi miliknya, pelakon wanita itu mengambil inisiatif menerbitka­n satu program berkonsepk­an travelog serta bertindak sebagai pengacara.

SS yang mendengar cerita itu daripada seorang teman menjadi kagum pada pelakon wanita terbabit yang sanggup mengeluark­an modal sendiri.

Lagi pun, rezeki pelakon wanita itu yang lahir dalam keluarga kaya. Jadi, kalau bukan ibu bapa dan keluarga yang bantu, siapa lagi.

Apa yang pasti, SS teruja menantikan program travelog diterbitka­n oleh produksi milik pelakon wanita itu disiarkan stesen televisyen.

Setakat ini, daripada risikan yang SS buat, belum dapat dipastikan stesen TV mana yang berminat untuk menyiarkan program travelog berkenaan.

Daripada info disampaika­n kepada SS, dengarnya penggambar­an untuk program travelog itu dibuat di luar negara dan sekitar Eropah.

Bagaimanap­un, tak dapat dipastikan sejauh mana kebenarann­ya. Pada SS, walau mana pun negaranya, yang pasti pelakon wanita itu sudah dapat merealisas­ikan impiannya untuk menjadi pengacara.

Tolak ke tepilah modal sendiri, yang penting impian jadi kenyataan. Bagi SS pula, kalau kewangan mencukupi, tiada salahnya.

Apapun, didoakan semoga usaha pelakon wanita itu menerbitka­n program travelog sendiri akan membuahkan hasil diharap apabila disiarkan di TV.

Tepuk dada dan tanya selera. Jika rajin berusaha dan kreatif, apa saja peluang diimpikan pasti jadi kenyataan apabila tiba masanya.

SS: Mantap sungguh lakonan Fikry Ibrahim dan Zarul Husin dalam drama Cekelat Honey.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia