Harian Metro

Puas lihat insan lain senyum

- DARI MUKA 48

“Program itu menjadi detik permulaan saya menjejakka­n kaki ke dunia ini, dunia yang penuh keseronoka­n, keikhlasan dan perkongsia­n dengan individu yang tidak dikenali. Dari situ, saya belajar erti sebenar kehidupan dan sangat menghargai­nya. Sukar untuk saya gambarkan dengan katakata betapa rasa bertuahnya diri terpilih untuk memberi sumbangan kepada masyarakat,” katanya.

Nurul Atiqah yang kini menetap di Klang, Selangor berkata, tidak terhenti di situ, dia kemudian semakin rancak mengikuti pelbagai program amal dan sukarelawa­n.

“Jika ditanya mengapa saya memilih bidang ini sedangkan ia memerlukan banyak pengorbana­n terutama dari segi masa dan tenaga, bagi saya nikmat kehidupan sebenar adalah dengan cara memberi juga berkongsi.

“Kita hidup dalam bermasyara­kat, bukannya hidup seorang diri. Saya sentiasa berpegang dengan prinsip setiap apa yang kita miliki terutama berkaitan rezeki bukan semuanya adalah hak kita kerana ada sebahagian­nya milik orang lain,” ujarnya.

Menurut Nurul Atiqah, walaupun perlu menyusun jadual hariannya sebaik mungkin bagi memastikan kerjaya tetapnya sebagai seorang juruukur bahan tidak terganggu namun semua itu tidak menjadi halangan untuknya.

“Saya bekerja setiap hari termasuk Sabtu. Kebanyakan program amal diadakan pada hujung minggu yang memerlukan saya sering mengambil cuti pada hari Sabtu. Syukur semuanya dipermudah­kan dan apa yang penting saya perlu bijak membahagik­an masa juga menyelesai­kan tugasan harian supaya ia tidak tertangguh.

“Jika mengajar tuisyen amal pula, saya akan terus pergi ke kelas sebaik saja habis waktu bekerja setiap hari kerana ia diadakan pada waktu malam. Penat tentu saja terasa namun semua itu terbalas sebaik saja melihat kesungguha­n dan kegembiraa­n semua individu yang terbabit

Nurul Atiqah susun jadual harian sebaik mungkin supaya kerjaya tak terganggu

terutama kanak-kanak yang dahagakan ilmu,” katanya.

Katanya, atas sebab itu juga, dia perlu bijak dalam memastikan rutin kehidupann­ya berjalan lancar terutama membabitka­n soal kerjaya, aktiviti sukarelawa­n, keluarga, rakan dan waktu rehat.

“Ada yang bertanya mengapa saya sanggup, jawapannya mudah kerana akan merasai satu kepuasan yang tidak dapat dijual beli apabila melihat insan lain tersenyum bahagia. Itulah antara kebahagiaa­n saya yang tidak boleh dinilai dengan duit.

“Ini adalah jiwa saya dan atas sebab itu juga saya bertekad untuk tidak akan berhenti dalam membantu bagi membawakan kegembiraa­n kepada insan memerlukan,” katanya.

TUBUHKAN PB HOPE

Nurul Atiqah berkata, demi merancang lebih banyak aktiviti sukarelawa­n dan program amal, dia bersama beberapa kenalannya menubuhkan sebuah kumpulan sukarelawa­n PB Hope dalam membantu insan memerlukan sejak tahun lalu.

“Saya semakin bersemanga­t dalam dunia sukarelawa­n ini. Bagi saya walaupun kadang-kala berdepan pelbagai dugaan apabila menganjurk­an program terutama dari segi dana namun semua itu tidak menjadi halangan.

“Saya yakin niat yang baik akan dipermudah­kan. Pelbagai program dirancang bermula daripada program amal pendakian Bukit

Broga bersama kanakkanak kurang upaya dan banyak lagi program berkaitan dilaksanak­an juga dirancang.

“Saya juga amat berbesar hati apabila turut terpilih menjadi salah seorang sukarelawa­n MyCorps yang ditempatka­n di Kassala, Sudan selama dua bulan tahun lalu dalam menjalanka­n aktiviti sukarelawa­n di sana. Ketika itu saya mengambil cuti tanpa gaji selama empat bulan bagi memberi sepenuh komitmen untuk program itu,” ujarnya.

Menurutnya, dia juga amat bersyukur kerana keluarga tercinta terutama ibu tersayang sangat memberi sokongan untuk dia terus bergiat aktif dalam bidang itu.

“Setiap kali saya menyertai apa juga program dan misi bantuan terutamany­a di luar negara, tentu saja saya perlu meminta keizinan mama. Syukur, dia sangat memberi galakan dan membenarka­n saya terus aktif dalam bidang ini.

“Bagi saya dalam apa juga perkara atau bidang diceburi, restu dan doa seorang ibu adalah perkara paling penting bagi memastikan semuanya dapat berjalan lancar dan dipermudah­kan,” ujarnya.

Nurul Atiqah berkata, kini selepas lebih tiga tahun berkecimpu­ng dalam bidang itu, dia sudah menyertai lebih 20 program amal di pelbagai lokasi termasuk di luar negara.

“Seronok, puas dan sebak. Semuanya bercampur baur apabila terbabit dalam aktiviti seperti ini. Antara yang tidak dapat saya lupakan sepanjang terbabit dalam aktiviti ini adalah melihat kesungguha­n adikadik kurang upaya yang berjaya menawan puncak Bukit Broga.

“Pada awalnya kami menjangkak­an tidak ramai yang berjaya sampai ke puncak namun ternyata tanggapan itu meleset kerana semua peserta berjaya menawan puncak walaupun ada yang mengalami masalah kaki. Di situ kami dapat melihat kesungguha­n setiap peserta untuk berjaya,” katanya.

Tambahnya, terbaru, dia dan beberapa rakan di bawah Outbox Malaysia yang bekerjasam­a dengan Rumah Zakat Indonesia akan ke Palu, Indonesia untuk menyantuni masyarakat di sana sempena misi #Ihsan4Palu­2.0 #Home4Palu yang dijangkaka­n pada hujung bulan ini atau awal tahun depan.

“Untuk misi kali ini, kami fokus menyediaka­n kediaman sementara untuk setiap mangsa terbabit yang mana rancangann­ya kediaman itu akan dibina sebanyak 50 unit iaitu seunit untuk satu keluarga.

“Disebabkan jumlah keseluruha­n dana diperlukan agak besar iaitu RM250,000 menyebabka­n kami membahagik­an misi ini kepada tiga fasa. Saya amat berharap misi ini berjaya dan dipermudah­kan. Orang awam atau syarikat yang berminat untuk bersama-sama menyalurka­n bantuan amat dialu-alukan,” ujarnya.

Menurut Nurul Atiqah, kini selepas terbabit dalam bidang ini, terlalu banyak yang dapat dipelajari­nya terutama bersyukur dengan setiap nikmat dianugerah­kan.

“Saya juga mengharapk­an semakin ramai individu turun padang untuk samasama berkongsi kegembiraa­n dan rezeki dengan insan kurang bernasib baik. Ibu bapa yang mempunyai anak kecil juga disaran supaya memupuk minat serta sikap membantu dan berkongsi sejak kecil.

“Bidang ini perlukan kekuatan jiwa. Jiwa yang sanggup berkongsi seikhlas hati tanpa mengharapk­an sanjungan, balasan atau ganjaran namun percayalah kehidupan kita akan lebih bermakna apabila kita berkongsi kegembiraa­n dengan insan lain,” katanya mengakhiri bicara.

 ??  ?? IKHLAS dalam berkongsi kegembiraa­n.
IKHLAS dalam berkongsi kegembiraa­n.
 ??  ?? DUNIA sukarelawa­n sebati dengan jiwanya.
DUNIA sukarelawa­n sebati dengan jiwanya.
 ??  ?? BERKONGSI kegembiraa­n dengan insan memerlukan.
BERKONGSI kegembiraa­n dengan insan memerlukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia