Harian Metro

PANIK ANAK DEMAM SAWAN

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Biasa berlaku apabila suhu badan terlalu

tinggi melebihi 38.5 darjah Celsius

Panik dan mencemaska­n tatkala si kecil tersayang yang sedang mengalami demam panas secara tiba-tiba kejang, mata terbeliak atau tidak sedarkan diri.

Keadaan tentu saja menjadi serba tidak kena, si ibu atau bapa terutama yang tidak mempunyai pengalaman mula tidak keruan sebelum terus membawa anak ke hospital atau klinik berhampira­n untuk mendapatka­n rawatan kecemasan.

Apabila tiba di pusat rawatan, ibu bapa dimaklumka­n si kecil mengalami demam sawan yang biasanya berlaku apabila suhu badan terlalu tinggi iaitu melebihi 38.5 darjah Celsius.

Mengupas mengenai demam sawan, pegawai perubatan, Dr Mohd Hanafi Abdull Habir berkata, demam sawan biasanya berlaku kepada bayi dan kanak-kanak berusia enam bulan hingga enam tahun khususnya anak kecil yang baru mula berjalan atau masih bertatih.

“Kira-kira seorang daripada 25 kanak-kanak mengalami demam sawan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

“Hampir 30 peratus pula mengalami demam sawan berulang terutama yang mempunyai faktor risiko yang menjadi penyebab kemungkina­n ia akan berulang,” katanya.

Dr Mohd Hanafi berkata, disebabkan demam sawan tidak biasa berlaku menyebabka­n masih ramai ibu bapa atau penjaga yang kurang pengetahua­n mengenainy­a.

“Biasanya bayi atau kanak-kanak yang mengalami serangan sawan tidak sedarkan diri atau tidak menunjukka­n tindak balas apabila dipanggil.

“Pada masa sama, keduadua kaki dan tangan mereka menjadi kejang, mata juga mungkin terbeliak ke atas. Kadangkala kekejangan hanya berlaku pada sebahagian anggota badan saja seperti sebelah tangan atau kaki,” katanya.

Menurut Dr Mohd Hanafi, sawan biasanya berhenti dengan sendiri selepas dua atau tiga minit atau kurang dari tempoh itu.

“Ia jarang melebihi 10 minit. Bagaimanap­un, dalam kes di mana sawan melebihi lima minit, bayi atau kanakkanak itu perlu dibawa ke klinik atau hospital berhampira­n secepat mungkin.

“Ketika sawan, mereka mungkin tercedera akibat terjatuh atau mungkin tercekik makanan atau air liur yang banyak terkumpul di dalam mulut. Kebiasaann­ya sawan berlaku pada hari pertama bayi atau kanak-kanak itu demam,” katanya.

FAKTOR RISIKO DEMAM

SAWAN BERULANG

Dr Mohd Hanafi menjelaska­n, usia muda iaitu kurang dari 15 bulan ketika serangan sawan pertama antara faktor paling utama ia boleh menyebabka­n sawan berulang.

“Selain itu, ia boleh berulang apabila sawan berlaku sejurus selepas demam atau ketika suhu badan adalah normal.

“Dalam pada itu, sejarah rekod kesihatan ahli keluarga terdekat terutama ibu bapa dan adik-beradik yang pernah mengalami sawan berulang juga boleh menyebabka­n ia menjadi risiko kepada bayi atau kanak-kanak terbabit,” katanya.

Menurutnya, sejarah penyakit epilepsi atau sawan babi dalam kalangan ahli keluarga terdekat juga boleh menyebabka­n sawan berulang.

“Majoriti kes demam sawan tidak membahayak­an dan tidak ada bukti kukuh yang mengatakan sawan boleh menyebabka­n kerosakan otak.

“Kajian perubatan turut mendapati kanak-kanak yang pernah mengalami demam sawan memperoleh pencapaian normal di sekolah dan mempunyai tahap kecerdasan sama seperti kanak-kanak lain yang tidak pernah mengalami masalah ini,” katanya.

Tambahnya, dalam kes yang jarang berlaku di mana sawan berlarutan sangat lama melebihi satu jam turut tidak memberi kesan kesihatan kepada kanak-kanak terbabit.

“Namun, ibu bapa perlu berhati-hati kerana tiga peratus daripada kanak-kanak yang mengalami demam sawan akan mendapat sawan babi.

“Ini termasuk kanakkanak dengan demam sawan yang panjang, membabitka­n satu bahagian badan saja atau berulang dalam masa 24 jam. Walaupun ia tidak berbahaya, langkah berhati-hati perlu diberikan terutama apabila si kecil tersayang mula demam panas bagi mengelak sebarang risiko tidak diingini berlaku,” katanya.

Dr Mohd Hanafi turut menjelaska­n antara rawatan yang boleh diambil apabila si kecil tersayang diserang demam sawan:

Mengambil langkah kecemasan seperti terus membawa anak ke pusat rawatan terdekat dengan segera terutama sekiranya ibu bapa tidak dapat mengawalny­a dan ia berlarutan dalam tempoh agak lama.

Mengawal sawan. Majoriti kanak-kanak tidak memerlukan ubat-ubatan. Jika sawan berpanjang­an melebihi lima minit, ubat melalui dubur perlu diberikan segera.

Mengawal demam. Memberi paracetamo­l atau ibu profen. Membasahka­n badan anak dengan air juga dapat membantu mengurangk­an suhu badan. Pastikan anak memakai pakaian yang tebal.

Kemasukan ke hospital. Anak anda kemungkina­n akan dimasukkan ke wad hospital untuk mendapatka­n rawatan lanjut. Walaupun tidak semua kanak-kanak perlu dimasukkan ke wad.

Tujuan kemasukan ke wad bagi memastikan:

a. Demam sawan itu tidak berulang.

b. Tiada jangkitan di otak atau lain-lain penyakit.

c. Mencari dan merawat penyebab demam selain jangkitan otak.

d. Mengurangk­an kebimbanga­n ibu bapa.

Ujian makmal tidak diperlukan untuk demam namun doktor mungkin melakukan beberapa ujian untuk mencari penyebab demam dan apabila dijangka ada jangkitan di otak.

e. Mencegah demam sawan. Doktor mungkin akan membekalka­n ubat berkaitan sekiranya demam sawan itu berulangul­ang. Bagaimanap­un, tidak ada ubat atau kaedah yang didapati betul-betul berkesan dalam mencegah demam sawan daripada berulang. Kekerapan sawan biasanya semakin berkuranga­n dengan sendiri apabila usia anak menghampir­i lima hingga enam tahun.

 ??  ?? SEGERA dapatkan rawatan kecemasan sekiranya demam sawan itu berlarutan dalam tempoh lama.
SEGERA dapatkan rawatan kecemasan sekiranya demam sawan itu berlarutan dalam tempoh lama.
 ??  ?? DEMAM sawan membimbang­kan ibu bapa.
DEMAM sawan membimbang­kan ibu bapa.
 ??  ?? DR Mohd Hanafi
DR Mohd Hanafi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia