Harian Metro

Remaja comel selesa bergaya

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Sama seperti golongan dewasa, remaja yang memiliki tubuh berisi juga sering berdepan masalah sukar mencari pakaian sesuai dengan usia.

Biasanya golongan itu terpaksa membeli pakaian yang tidak sesuai dengan usia semata-mata untuk mendapatka­n busana yang lebih besar dan sesuai dipakai.

Lebih mengecewak­an apabila ramai remaja comel ini terpaksa akur untuk tidak mengikut arus fesyen semasa atas keterbatas­an memilih baju

Berusaha membantu menyelesai­kan masalah dialami remaja berbadan besar, jenama fesyen tempatan By Nor Kamal menampilka­n dimensi baru dalam dunia fesyen remaja terutama yang berisi dengan menyediaka­n koleksi terkini dan selesa digayakan.

Tidak sekadar memberi

Koleksi terkini direka khusus untuk tubuh berisi

pilihan pelbagai kepada golongan ini, semua koleksi ini juga membuka peluang khusus untuk remaja masa kini merasai pengalaman hebat menggayaka­n rekaan terkini.

Rekaan yang selesa, mudah dipakai dan sesuai digayakan untuk pelbagai acara menjadikan koleksi Right & Easy For Plus Size ini berbaloi untuk dimiliki.

Menurut pengasasny­a, Norain Abdul Rashid, koleksi itu direka khusus untuk remaja perempuan yang mempunyai badan ‘berisi’ namun juga mempunyai pilihan untuk remaja bersaiz normal.

“Rekaan ini juga sesuai untuk acara kasual dan santai. Idea timbul selepas menyedari kesukaran untuk mendapatka­n busana remaja yang bertubuh besar di pasaran.

“Menggunaka­n fabrik kapas dan denim lembut, koleksi ini mampu meningkatk­an keyakinan mereka yang sering berasa rendah diri selain tidak membataska­n pergerakan harian mereka,” katanya.

Menurut Norain, koleksi ini menampilka­n ciri remaja yang ceria, segar, berani dan comel.

“Melalui koleksi ini, golongan ini akan dapat bergaya dengan yakin tanpa perlu risau memikirkan soal fesyen yang tidak sesuai dengan usia mereka.

“Koleksi ini dijual pada harga bermula

RM150 hingga RM250 dan didatangka­n dalam pilihan saiz bermula 2XL dan

3XL atau saiz 16 dan 18,” katanya.

Tambahnya, dengan adanya koleksi ini, ia dapat menjadi satu penyelesai­an kepada masalah remaja yang sukar mendapatka­n rekaan baju sesuai dengan usia.

 ??  ?? TERKINI dan selesa digayakan. COMEL dan bergaya.
TERKINI dan selesa digayakan. COMEL dan bergaya.
 ??  ?? MENGIKUT fesyen terkini. BERGAYA santai dengan koleksi busana untuk remaja.
MENGIKUT fesyen terkini. BERGAYA santai dengan koleksi busana untuk remaja.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia