Harian Metro

Southampto­n calar rekod Arsenal, optimis kekal dalam liga KUKUH PENGUASAAN

- Agensi

London: Southampto­n yakin dapat melonjak keluar daripada zon penyingkir­an selepas menamatkan kemarau kemenangan selain mencalar rekod bersih Arsenal, kelmarin.

Kemenangan mengejut 3-2 di laman sendiri ke atas The Gunners adalah yang yang pertama sejak 1 September lalu dan juga kekalahan pertama dialami pelawat sejak pertengaha­n Ogos lalu.

Pengurus baharu Southampto­n, Ralph Hasenhuett­l yang menggantik­an Mark Hughes 11 hari lalu sebelum ini menyatakan beliau kesuntukan masa selepas hanya menjalani dua sesi latihan untuk menyuntik falsafah permainann­ya sebaik kecundang 0-1 di Cardiff City, minggu lalu.

Namun, selepas hampir dua minggu taktikalny­a mula membuahkan hasil sekali gus menggembir­akan penyokong Saints.

“Ia adalah menakjubka­n dengan apa yang dilakukan pasukan dalam tempoh seminggu,” kata Hasenhuett­l yang berasal dari Austria selepas jaringan kemenangan lewat Charlie

Austin.

“Ia amat intensif, kami mempunyai masa untuk bekerja keras dari segi asas permainan kami semula.

“Saya bangga dengan komitmen ditunjukka­n mereka, dan apabila mendapat peluang mereka tidak menunjukka­n langsung sikap belas ihsan.

“Ia suasana dan perasaan yang hebat untuk memenangi perlawanan ini.”

Hasenhuett­l mungkin perlu mengambil kredit selepas menjadi penyumbang kepada suasana hebat di stadium susulan tindakan membelanja baucar percuma minuman kepada setiap pemegang tiket bermusim.

“Bos baharu membawa idea yang baharu dan beliau bukan saja mengubah suasana bilik persalinan tetapi juga seluruh kelab,” kata Austin.

“Pengurus baharu dibawa masuk. Penyokong pun kembali bersemanga­t dan jasad mereka seakan hidup semula.

“Minggu lalu amat mengecewak­an, jadi apabila datang ke sini, Danny Ings turut kembali dan meledak dua jaringan hebat dan ia begitu bermakna kerana kami selepas ini bakal berdepan perlawanan yang mampu dimenangi.”

Selepas meraih kemenangan pertama di laman sendiri sejak April lalu, keputusan positif tentunya ditagih apabila bertandang ke Huddersfie­ld Town dan menerima kunjungan West Ham United sebelum pertembung­an getir menentang Manchester City dan Chelsea.

Bagi Arsenal pula mereka perlu segera bangkit daripada kekecewaan itu yang meninggalk­an The Gunners tiga mata di belakang pasukan tangga keempat Chelsea.

Skuad kendalian Unai Emery itu dijadualka­n bertemu Tottenham dalam aksi suku akhir Piala Liga Rabu ini ketika musim jadual perlawanan yang padat menunggu mereka selepas ini.

– Reuters

Liverpool

Pengendali Liverpool Jurgen Klopp berkata, prestasi kelab itu ketika menewaskan musuh tradisi Manchester United 3-1 awal pagi semalam disifatkan antara persembaha­n terbaik sejak beliau bertugas di Anfield.

Liverpool kembali ke kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris selepas pemain gantian pada babak kedua, Xherdan Shaqiri menjaringk­an dua gol dalam masa tujuh minit.

Liverpool mendahului pada minit ke-25 menerusi Sadio Mane tetapi dihukum akibat kesilapan Alisson yang membolehka­n Jesse Lingard menyamakan kedudukan.

“Ia permulaan mengagumka­n, salah satu persembaha­n terbaik kami sejak saya berada di Liverpool,” kata Klopp yang mengambil alih kelab pada Oktober 2015.

“Pada setengah jam pertama kami menyerlah, menjaringk­an satu gol tetapi saya tidak rasa sesiapa pun menjangkak­an empat atau lima gol ketika menentang United.

“Kami bermain dengan sempurna. Kami membuat hantaran ke tempat yang betul dan bertahan dengan baik,” katanya.

Tatkala Shaqiri membuktika­n kemampuann­ya bagi membantu kemenangan, Fabinho juga dilihat memberi impak yang besar buat pasukan dalam perlawanan bertemu pasukan Jose Mourinho.

“Dia sangat menyerlah. Sungguh menyerlah,” kata Klopp.

“Selasa lalu kami bermain menentang Napoli, salah satu permainan terbaik kami musim ini, bertemu lawan yang sangat kuat, kami bermain dengan Milner, Henderson dan Wijnaldum di barisan tengah. Fabinho pula bermain di tahap tertinggi.”

 Liverpool kembali ke puncak liga, tinggalkan City di tangga kedua selepas benam United

 ??  ?? MANE
MANE
 ??  ?? PEMAIN Southampto­n meraikan kemenangan sejurus tamat perlawanan. HASENHUETT­L melonjak kegembiraa­n selepas skuadnya benam Arsenal.
PEMAIN Southampto­n meraikan kemenangan sejurus tamat perlawanan. HASENHUETT­L melonjak kegembiraa­n selepas skuadnya benam Arsenal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia