Harian Metro

Sarri mahu anak buah lari dari situasi bahaya

-

Brighton: Maurizio Sarri

memberi amaran kepada Chelsea untuk mengelak daripada ‘membahayak­an diri sendiri’ selepas berdepan situasi panik di hujung permainan ketika mengatasi Brighton 2-1, kelmarin. Chelsea menguasai untuk sejam pertama aksi di Stadium Amex dengan jaringan babak pertama Pedro dan Eden Hazard meletakkan mereka di depan sebelum gol Solly March pada minit

ke-66 kembali menyalakan harapan Brighton.

Keputusan itu memisahkan Chelsea di depan Arsenal yang tewas 2-3 di Southampto­n – di kedudukan keempat Liga Inggeris, tetapi masih menegaskan ada beberapa bahagian yang perlu ditingkatk­an.

“Saya fikir kami patutnya menang dengan selesa kerana kami beraksi baik untuk 60 minit pertama,” katanya.

“Kami melepaskan gol ketika kami sedang mendominas­i permainan dan kerana kesilapan itu menyebabka­n kami terpaksa bergelut dalam lima minit terakhir dengan permainan hantaran panjang mereka ke dalam kotak penalti.

“Kami bukannya pasukan yang berfizikal. Dengan pertukaran pemain, saya cuba membawa impak fizikal untuk lima minit terakhir, tetapi ia jelas sekali kami bergelut lima minit terakhir. Kami sepatutnya menang dengan mudah.

“Saya fikir apabila kami mula merasa bahawa penguasaan menjadi milik kami, ia membahayak­an kami sendiri. Secara tiba-tiba kami mula kehilangan fokus.”

Sarri menurunkan kesebelasa­n utama sama seperti aksi berdepan Manchester City, minggu lalu, meletakkan Hazard di posisi penyerang nombor 9 dengan Olivier Giroud berada di bangku simpanan dan Alvaro Morata diketepika­n kerana kecederaan lutut.

Bintang antarabang­sa Belgium, Hazard tampil memukau apabila mencipta satu bantuan gol dan meledak jaringan yang pertama sejak 7 Oktober lalu sebelum mengalami kecederaan ringan dan digantikan oleh Giroud pada minit ke-83.

“Eden OK,” kata Sarri. “Ia hanya kecederaan kecil. Saya sudah bercakap dengan doktor dan ia bukan masalah besar. Mungkin hanya perlukan satu atau dua hari rehat.” Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia