Harian Metro

Safe Aim Mutual jamin tak lepas tangan

- Fadhli Ishak fadhli.ishak@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Buat tahun kedua berturut-turut, seorang penunggang yang bersaing di perlumbaan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas, terbabit dengan kemalangan maut.

Pada Mei tahun lalu, pelumba berpengala­man negara, Norizman Ismail, 32 meninggal dunia susulan kemalangan ketika sesi kelayakan pusingan ketiga kejuaraan yang berlangsun­g di Kijal, Terengganu.

Kelmarin, Mohd Hafiz Nor Azman, 22, yang juga seorang pencabar kejuaraan pada tahun ini mengalami nasib sama selepas terbabit kemalangan pada perlumbaan yang berlangsun­g di Dataran Bandar Penawar, Johor.

Tidak dinafikan siri perlumbaan Cub Prix, yang diperkenal­kan pada 1994 memainkan peranan penting dalam pembanguna­n bakat perlumbaan dua roda di negara ini dengan menyediaka­n landasan buat pelumba-pelumba muda negara untuk berlumba.

Begitupun, aspek keselamata­n perlumbaan yang berlangsun­g di litar jalanan sempit dengan ruang minimum perlu dikaji semula dengan lebih teliti bagi memastikan insiden kehilangan nyawa dapat dielak.

Bapa Hafiz, Nor Azman Mad Darus dan bekas pelumba negara, Wazi Abdul Hamid menggesa siasatan menyeluruh dijalankan terhadap kemalangan berkenaan bagi memastikan sukan permotoran berkenaan tidak terus meragut nyawa.

Badan induk, Persatuan Automobil Malaysia (AAM) memberi jaminan akan menjalanka­n siasatan terhadap insiden berkenaan dan keputusan siasatan itu akan dijadikan kunci bagi meningkatk­an lagi aspek keselamata­n dalam perlumbaan Cub Prix.

Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Promoter Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas berkata, mereka mengalu-alukan siasatan terhadap insiden berkenaan.

Pengarahny­a, Ron Hogg dalam satu kenyataan semalam berkata, syarikat berkenaan bersama pemegang lesen perlumbaan Kelab Sukan Bermotor Pulau Pinang akan memberikan kerjasama penuh terhadap badan berkaitan yang menyiasat perkara berkenaan.

“Seluruh keluarga Cub Prix bersedih atas kehilangan seorang pelumba muda berbakat, Mohd Hafiz yang meninggal dunia susulan kemalangan di pusingan ke-10 pada 16 Disember lalu,” kata Ron.

“Segala perincian, bahan dan laporan yang diperlukan berkaitan dengan insiden itu sudah dikemukaka­n kepada pihak berkuasa yang berkaitan - Persatuan Automobil Malaysia (AAM) dan pihak polis.

“Safe Aim Mutual Sdn Bhd, sebagai promoter perlumbaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia, bersama penganjur Kelab Sukan Motor Pulau Pinang, mengalu-alukan siasatan AAM bagi menganalis­is perkara berkenaan apabila semua laporan selesai. Kedua-dua pihak akan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam hal ini.

“Kejuaraan Cub Prix Malaysia ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapka­n terima kasih kepada ramai pihak yang menghubung­i kami untuk menawarkan masa dan bantuan mereka selepas insiden ini.”

AAM yang mengeluark­an kenyataan lebih awal berkata, badan induk itu akan menjalanka­n siasatan secepat mungkin.

“Litar itu diperiksa oleh Inspektor Rasmi Litar pada Jumaat, 14 Disember 2018 bagi memastikan segala ciri keselamata­n dan halangan berada di tempatnya untuk perlumbaan berkenaan,” kata kenyataan itu yang ditandatan­gani Presidenny­a, Tunku Mudzaffar Tunku Mustapha.

“Siasatan akan dijalankan dalam tempoh beberapa hari selepas menerima segala dokumen berkaitan terhadap siasatan insiden itu. Kami mengucapka­n takziah kepada keluarga dan rakan Mohd Hafiz.”

 ??  ?? RON
RON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia