Harian Metro

Wazi gesa siasatan menyeluruh

- Shaarani Ismail shaarani@nstp.com.my

Ipoh: Sebarang insiden meragukan hingga mengakibat­kan kematian ketika perlumbaan motosikal perlu disiasat dan diteliti supaya tidak berulang.

Bekas pelumba motosikal negara, Wazi Abdul Hamid berkata, berdasarka­n pengalaman­nya, sebarang insiden yang berlaku dalam perlumbaan perlukan kajian menyeluruh.

“Kajian menyeluruh perlu dilakukan bagi melihat bagaimana tragedi itu berlaku dan membabitka­n semua pihak. Bukan hanya sekadar penganjur, tapi semua pelumba supaya tidak lagi berlaku lagi pada masa akan da- tang selain membabitka­n pakar dalam bidang berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi jenazah pelumba Cub Prix, Hafiz Nor Azman, 22, yang meninggal dunia sejurus terbabit kemalangan di Dataran Bandar Penawar, kelmarin.

Wazi berkata, pihaknya turut merasakan ada beberapa perkara yang tidak kena berlaku dalam insiden itu dan perlu diberikan penjelasan.

“Kalau berlaku disebabkan kecuaian ia sesuatu yang tidak adil, tapi boleh diperhalus­i dengan mewujudkan satu jawatankua­sa khas untuk teliti insiden itu,” katanya.

Dalam pada itu, Wazi turut menyifatka­n kematian Hafiz sebagai satu kehilangan besar dalam arena perlumbaan motosikal negara.

“Hafiz adalah permata sangat bernilai dan saya sudah mengenalin­ya sejak dia kecil dan dia berkawan rapat dengan anak saya.

“Kita bukan hanya kehilangan bintang muda di peringkat nasional, tapi turut kehilangan seorang juara lumba motosikal yang mewakili Perak dan Lembah Kinta yang banyak membantu menaikkan sukan ini,” katanya.

 ??  ?? WAZI (tengah) tidak mahu tragedi berulang kepada pelumba lain.
WAZI (tengah) tidak mahu tragedi berulang kepada pelumba lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia