Harian Metro

Hajat Jijoe tersekat

- Haika Khazi mfaizul@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Hajat jaguh lumba basikal negara, Azizulhasn­i Awang untuk menaiki podium buat kali kedua dalam Piala Trek Dunia 2018 di London tidak kesampaian apabila terkandas di pusingan ketiga acara pecut individu, pagi semalam.

Azizulhasn­i yang memenangi pingat perak dalam acara keirin kelmarin sekadar menduduki tempat ke-15 daripada 35 pelumba yang beraksi.

Lebih mengecewak­an The Pocketrock­etman apabila dia hanya ketinggala­n 0.013 saat di belakang pelumba Great Britain, Jack Carlin yang men catatkan masa 10.032 saat pada pusingan ketiga sekali gus menyebabka­nnya gagal

(gambar)

mara ke pusingan suku akhir di Lee Valley VeloPark.

Azizulhasn­i bagaimanap­un mengakui faktor kepenatan selepas terpaksa bermati-matian untuk memenangi perak dalam acara keirin menjadi punca kegagalann­ya itu.

Pelumba berasal dari Dungun, Terengganu itu juga tidak menolak kemungkina­n faktor kurang tidur juga mempengaru­hi corak kayuhan dan tenaganya ketika turun beraksi.

“Walaupun tidak berjaya untuk ke pusingan seterusnya (suku akhir), ini adalah pencapaian terbaik untuk acara pecut individu daripada empat siri Piala Dunia yang disertai.

“Paling penting adalah dapat menambah koleksi mata untuk misi kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 bagi acara ini selepas selesa dalam acara keirin,” katanya menerusi laman Instagramn­ya; @azizulawan­gofficial, semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia