Harian Metro

Cukup bermakna

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@nstp.com.my Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@nstp.com.my

 Syarul lakar sejarah tersendiri dengan kemenangan hatrik kategori physic 167sm

yang turut meraih gelaran Mr Asia buat kali keempat tahun ini.

Dia mengesahka­n gelaran Mr Universe buat kali ketiga berturut-turut selepas menang Sabtu lalu dan muncul atlet lelaki pertama dunia dalam kategori physic melakukann­ya.

“Saya amat berterima kasih kepada pihak yang membantu saya dari segi kewangan. Malah, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman membantu saya mendapatka­n RM20,000 insentif kemenangan SHAKAM ketika menang Mr Universe 2017. Ia dibayar bulan lalu sekali gus membantu saya untuk meneruskan misi hatrik Mr Universe,” katanya.

Jelas Syarul Azman, saingan edisi 2018 sangat sengit sehingga dia terpaksa berwaspada dalam setiap perkara termasuk tidak minum air selama 15 jam bagi mengelakka­n situasi tidak diingini berlaku.

Faktor kewangan turut dikongsi Lilian Tan yang meraih dua emas di Chiang Mai selepas menang kategori 55kg ke atas dan masters 30 tahun ke atas.

“Memang sukar kerana tiada bantuan untuk melakukan persediaan selain peruntukan Majlis Sukan Negara (MSN) turut berkuranga­n.

“Sehinggala­h ada rakan yang mencadangk­an untuk mewujudkan akaun “public fund” yang membolehka­n orang awam memberikan sumbangan. Saya tidak pasti jumlah terkumpul namun ia membantu dan menampung kira-kira 50 peratus perbelanja­an. Kejayaan ini sangat istimewa selepas saya berusaha keras,” katanya.

Kejayaan di Chiang Mai dalam kategori 55kg ke atas turut menjadikan­nya atlet wanita pertama dunia menang sebanyak empat kali. Kuala Lumpur: Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) tidak gusar dengan ranking skuad negara yang jatuh satu anak tangga di tempat ke-13 selepas berakhir Piala Dunia di Bhubaneswa­r, India.

Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal sebaliknya berkata, hala tuju pasukan kekal jelas iaitu memastikan mereka layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 menerusi kempen kelayakan tahun depan.

“Saya tidak akan gelisah atau risau sebab jika New Zealand yang berada di ranking kelapan ketika ini pun kita boleh tumbangkan, tak mustahil juga kita boleh lakukan perkara sama kepada pasukan lain.

“Cuma mana-mana perlawanan pun kalau kita tidak jaringkan gol, kita tak akan menang.

“Berdasarka­n statistik di Piala Dunia, saya lihat kita beraksi dengan baik tetapi kita tak dapat jaringkan banyak gol.

“Kita hanya mempunyai masa kira-kira empat bulan dan saya sudah mengadakan perbincang­an dengan pasukan apakah yang perlu dilakukan selepas ini,” katanya.

Skuad negara menamatkan kempen Piala Dunia di tempat ke-15 sekali gus menjejaska­n kedudukan ranking mereka yang sebelum itu menduduki tempat ke-12.

Subahan ditemui pada majlis penghargaa­n pasukan hoki 5 sebelah negara yang memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik Remaja di Buenos Aires, Argentina Oktober lalu.

Seramai sembilan pemain negara menerima insentif RM1,000 seorang.

Sementara itu, Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat TNB, Datuk Omar Sidek berkata, pihaknya akan terus memberi sokongan kepada skuad hoki negara pada masa depan.

“Insentif yang diberikan ini adalah sebagai galakan semangat kepada setiap pemain untuk lebih cemerlang pada masa depan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia