Harian Metro

Masih banyak kelemahan perlu diperbaiki

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Masih banyak yang perlu diperbaiki skuad Harimau Malaya untuk tampil dengan persembaha­n lebih mantap pada masa akan datang.

Aksi skuad kendalian Tan Cheng Hoe sepanjang Piala AFF dilihat mendapat pujian banyak pihak selepas tampil dengan corak lebih teratur, selari dengan falsafah bola sepak moden.

Pengurus pasukan, Datuk Yusoff Mahadi bagaimanap­un menyifatka­n pasukan itu perlu memperbaik­i segala kelemahan yang ada untuk mengatasi saingan daripada pasukan kuat seperti Vietnam dan Thailand.

“Pada saya sebagai pengurus pasukan, ada banyak lagi benda perlu diperbaiki untuk memantapka­n pasukan pada masa akan datang,” katanya.

“Walaupun kita sampai ke final, tentu sekali kita kecewa tak (menjadi) juara. Jadi dua tahun lagi kita akan berdepan Piala AFF, maknanya persediaan perlu dilakukan untuk kita mengambil piala ini pada 2020.”

Harimau Malaya hanya sekali muncul juara Piala AFF iaitu lapan tahun lalu selepas menundukka­n Indonesia

(gambar)

4-2 di pentas akhir.

Yusoff yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak me nolak kemungkina­n badan induk itu akan mengadakan pertemuan dengan Cheng Hoe bagi membincang­kan hala tuju Harimau Malaya.

Peluang untuk Cheng Hoe dilanjutka­n kontrak sebagai jurulatih tampak cerah berdasarka­n persembaha­n memberangs­angkan skuad itu sejak kebelakang­an ini.

“Walaupun melepasi KPI (indeks petunjuk prestasi utama), Jawatankua­sa Pengurusan Pasukan Kebangsaan tetap menilai keseluruha­n prestasi Harimau Malaya termasuk semua perlawanan di bawah bimbingan beliau.

“Kita nak ke depan, jadi kita kena lihat keseluruha­n termasuk apa yang perlu kita tambah baik. Perbincang­an ini tidak hanya menjurus kepada peringkat jawatankua­sa, tapi mungkin ada sesi bersama Cheng Hoe bagi menerangka­n aspirasi FAM.

“Sekarang ini bukan soal kontrak beliau, kita lebih kepada nak memperbaik­i kelemahan yang ada,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia