Harian Metro

Misi tonggak muda

- Farah Azharie farahazhar­ie@nstp.com.my Attirmidzi­e Rahman sukanteam@nstp.com.my

 Safawi, Akhyar sasar bawa pulang trofi AFF dua tahun lagi

Dua bintang muda negara, Safawi Rasid dan Akhyar Rashid meletakkan sasaran untuk membawa pulang Piala AFF dua tahun lagi.

Harimau Malaya yang muncul naib juara empat tahun lalu sekali lagi berdepan detik kekecewaan di pentas akhir Piala AFF selepas kecundang Kota Bharu: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) memerlukan RM3 juta lagi untuk menguruska­n pasukan bagi mengharung­i saingan Liga Malaysia musim depan.

Presidenny­a, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, mereka kini berusaha keras mencari dana walaupun sudah memiliki hampir RM1 juta dalam bentuk wang tunai manakala RM1 juta lagi berupa barangan dan pengangkut­an membabitka­n pengurusan pasukan Liga Perdana, Piala Presiden dan Piala Belia.

“Setakat ini kami masih berbincang dengan dua syarikat yang berminat menaja pasukan negeri musim depan.

“Jumlah bajet yang diperlukan keseluruha­nnya RM5 juta untuk membiayai kos menerusi agregat 2-3 kepada Vietnam.

Safawi, 21, membuat lapan penampilan dalam lapan perlawanan Piala AFF kali ini, manakala Akhyar yang kerap dimasukkan sebagai pemain gantian beraksi enam perlawanan.

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi yang sudah mengumpul 17 penampilan dan meledak empat gol termasuk ketika berdepan Vietnam pada final pertama kejohanan dwitahunan itu membuktika­n perkembang­an positif bola sepak negara, terutama di bawah bimbingan jurulatih Tan Cheng Hoe.

“Saya kecewa kerana tidak membawa pulang piala, tapi bagi saya kami perlu meneruskan momentum ini terutama tampil dengan corak permainan hantaran pendek dan lebih tersusun,” kata Safawi yang menerima empat anugerah pada majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2018 (ABK2018) termasuk Pemain Paling Bernilai.

Sementara itu, Akhyar, 19, berkata dia berjuang membantu Malaysia mencapai sasaran meraih kejuaraan kedua Piala AFF selepas 2010.

“Kami mencapai sasaran (ke final) tapi tidak bernasib baik (untuk muncul juara) dan sekarang ini saya perlu fokus kepada kelab. Saya harap dapat memberikan aksi lebih baik selepas ini.

“Bagi Piala AFF akan datang, saya akan cuba yang terbaik untuk berada dalam pasukan,” kata Akhyar yang dikhabarka­n bakal berhijrah ke JDT musim depan.

 ??  ?? SAFAWI (kanan) beramah mesra dengan penyokong selepas pulang dari kejohanan Piala AFF 2018 di Dataran Merdeka, kelmarin.
SAFAWI (kanan) beramah mesra dengan penyokong selepas pulang dari kejohanan Piala AFF 2018 di Dataran Merdeka, kelmarin.
 ??  ?? BIBI Ramjani (tiga kanan) beramah mesra dengan sebahagian penaja TRW selepas menyempurn­akan Majlis Menandatan­gani Perjanjian Penajaan Pasukan Bolasepak Kelantan bagi mengharung­i saingan Liga M musim 2019.
BIBI Ramjani (tiga kanan) beramah mesra dengan sebahagian penaja TRW selepas menyempurn­akan Majlis Menandatan­gani Perjanjian Penajaan Pasukan Bolasepak Kelantan bagi mengharung­i saingan Liga M musim 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia