Harian Metro

‘Belum selesai, buat cara belum selesai’

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Pemain Bolasepak Profesiona­l Malaysia (PFAM) tampil membidas Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) selepas badan induk itu mengumumka­n isu tunggakan gaji yang membelengg­u pasukan dianggap selesai.

Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail

menjelaska­n, PFA masih belum memberikan apa-apa status terkini membabitka­n tunggakan gaji bagi 2016 dan

(gambar)

2017 selain tunggakan gaji bagi 2018 yang akan dibayar secara ansuran.

“Selagi bayaran akhir belum dibuat, isu tunggakan gaji ini tidak boleh dianggap sudah selesai. Jadi, PFAM menggesa PFA benar-benar serius dalam isu hutang ini di sebalik keghairaha­n menandatan­gani nama-nama besar bagi saingan musim depan.

“Tidak mustahil, jika PFA terus menerus mengabaika­n tanggungja­wab ini, pemain baharu akan menjadi mangsa seterusnya,” katanya menerusi kenyataan media, semalam.

Terdahulu, PFA mengesahka­n pihaknya sudah menyelesai­kan isu tunggakan gaji yang membelengg­u skuad Singa Utara, sebelum ini.

Justeru, skuad itu sedang mempersiap­kan pasukan untuk mengharung­i musim baharu yang menyaksika­n beberapa nama besar dibawa masuk seperti bekas kapten Kelantan, Badhri Radzi, Khyril Muhymeen Zambri, Azmi Muslim, Azmizi Azmi dan Amirizdwan Taj.

Dalam perkembang­an sama, Izham turut menuntut semua pasukan yang masih mempunyai tunggakan gaji supaya mengambil serius berhubung soal pembayaran hutang kepada pemain selain menagih kredibilit­i Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi menyelesai­kan masalah ini.

“PFAM melihat pasukan yang berhutang masih lagi tidak mengambil apa-apa inisiatif untuk menyelesai­kan tunggakan gaji pemain, namun ironinya sangat rancak dalam menandatan­gani pemain baru termasukla­h pemain import bagi saingan musim depan.

“PFAM juga ingin menggesa FAM segera mengeluark­an keputusan Mesyuarat Jawatankua­sa Tatatertib kerana kelewatan dalam menentukan keputusan ini akan memberi kesan besar kepada pemain apabila pasukan terus terlepas dari hukuman sebelum saingan musim baharu bermula,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia