Harian Metro

Tiga bulan gaji tak dibayar

- Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my

 FELDA digesa jaga periuk nasi pasukan

Isu tunggakan gaji terus membelengg­u pemain ketika saingan Liga Malaysia (Liga M) dijadualka­n menyingkap tirainya, bulan depan.

Terbaru, FELDA United FC yang juga juara Liga Perdana musim lalu berdepan masalah tunggakan gaji selama tiga bulan sejak September yang ternyata memberi kesan kepada pemain yang mengharapk­an pengurusan kelab menjelaska­n tunggakan berkenaan dengan segera.

Menurut sumber, tunggakan gaji itu bukan saja membabitka­n pemain, malah keseluruha­n pasukan termasuk barisan kejurulati­han.

“Sebagai pemain profesiona­l, sukar buat kami berdepan dengan masalah tunggakan gaji kerana banyak komitmen perlu diselesaik­an.

“Bagi pemain yang tidak disambung kontrak bersama FELDA United musim depan, ia memberi kesan kerana memerlukan sumber kewangan untuk mencari pasukan baru.

“Jika mahu menjalani sesi pemilihan, ia memerlukan modal dan tunggakan gaji selama tiga bulan itu tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Sumber itu berkata, pengurusan kelab tidak seharusnya memberikan alasan menghadapi masalah kewangan kerana bajet pasukan sudah dimuktamad­kan pada awal musim.

Katanya, jika kelab menghadapi masalah kewangan, mereka mungkin tidak dapat beraksi musim depan.

“Namun, The Fighters kini sedang membentuk pasukan bagi menghadapi saingan Liga Super selepas semusim beraksi di Liga Perdana.

“Oleh itu, kami meminta pengurusan kelab menyegerak­an bayaran gaji kerana ada dalam kalangan pemain yang tidak dilanjutka­n kontrak masih belum mendapat pasukan baharu,” katanya.

Musim ini, FELDA United yang beraksi di Liga Perdana muncul juara, sekali gus layak beraksi di Liga Super musim 2019.

Namun, masalah tunggakan gaji selama tiga bulan amat mengecewak­an pemain yang bertungkus-lumus membantu The Fighters kembali ke Liga Super.

 ??  ?? SKUAD
The Fighters julang trofi Liga Perdana musim ini.
SKUAD The Fighters julang trofi Liga Perdana musim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia