Harian Metro

‘SELAMAT SUAMI SAYA’

-

ketika menangkap ikan di perairan berkenaan 6 Disember lalu. Nadin berkata, dia buntu kerana sehingga kini tidak menerima sebarang khabar daripada suaminya, sekali gus berharap kerajaan dapat membawa mereka pulang.

Katanya, selain hilang sumber pendapatan, tiga anaknya masing-masing berusia satu hingga tujuh tahun kerap bertanya mengenai kehilangan bapa mereka.

“Kami cuma tahu Hariadin (rakan Jari) diculik selepas Hariadin hubungi isterinya. Sehingga sekarang, kami tiada dengar khabar berita daripada Jari.

“Wang belanja sudah habis, cuma harap bantuan jiran dan dua anak saya bakal bersekolah tahun depan. Mahu kerja, tapi anak saya masih kecil,” katanya ketika ditemui di penempatan setinggan berhampira­n Sim-Sim, di sini.

Nadin berkata, lebih memilukan apabila mereka juga bakal kehilangan rumah kerana tindakan merobohkan rumah setinggan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kami sudah diberi notis untuk merobohkan rumah sejak Oktober lalu. Mungkin bila-bila masa saja rumah akan dirobohkan kerana kami tinggal di kawasan setinggan.

“Jika ia berlaku, mungkin masalah kami jadi lebih besar. Dalam keadaan kami sekarang, mahu sewa rumah pun tidak mampu,” katanya.

Dalam kejadian terbaru itu, tiga nelayan terbabit dilaporkan hilang selepas bot dinaiki mereka ditemui kosong sebelum polis mengesahka­n mereka diculik selepas seorang isteri mangsa menerima panggilan mendakwa mangsa dibawa ke sebuah tempat tidak diketahui di Filipina.

 ??  ??
 ??  ?? NADIN bersama tiga anak dan ibu mentuanya, Zuana Laudiato melihat gambar Jari ketika ditemui di rumah
mereka di penempatan setinggan berhampira­n Sim-Sim.
NADIN bersama tiga anak dan ibu mentuanya, Zuana Laudiato melihat gambar Jari ketika ditemui di rumah mereka di penempatan setinggan berhampira­n Sim-Sim.
 ??  ?? JENNY, salah seorang anak Jari menunjukka­n gambar
perkahwina­n ibu bapanya untuk melepaskan rindu.
JENNY, salah seorang anak Jari menunjukka­n gambar perkahwina­n ibu bapanya untuk melepaskan rindu.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia