Harian Metro

Bawa pulang nelayan elak diculik

-

Sandakan: Kerajaan Indonesia berhasrat membawa pulang rakyat negara itu yang bekerja sebagai nelayan di Sabah jika keadaan perairan timur negeri ini terus terdedah kepada ancaman penculikan dan tiada jaminan keselamata­n diberikan ke atas warganya.

Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kota Kinabalu, Krishna Djelani berkata, nelayan warga negara itu terus menjadi mangsa penculikan dengan 15 kes membabitka­n 36 mangsa sejak 2003, termasuk kes terbaru membabitka­n dua nelayannya yang diculik di perairan Pegasus Reef, Kinabatang­an, 5 Disember lalu.

Katanya, pihak konsulat kini dalam rangka untuk bertemu dengan warga Indonesia yang bekerja sebagai nelayan di negeri ini, khususnya di kawasan pantai timur untuk menawarkan kepada mereka yang mahu pulang.

Katanya, ketika ini dianggarka­n ada kirakira 1,700 warga Indonesia bekerja sebagai nelayan di negeri ini.

“Kami dalam usaha merekod jumlah sebenar nelayan warga Indonesia yang ada di sini dan jika sudah ramai yang sukarela untuk pulang, kami akan segera hantar,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Krishna berkata, kerajaan Indonesia juga mahu majikan nelayan warganya bekerjasam­a menyediaka­n bantuan dan membiayai kehidupan harian keluarga mangsa culik warga negara itu.

Sementara itu, Konsul Republik Indonesia di Tawau, Jati Ismoyo berkata, mereka juga mahu pemilik kapal nelayan yang menggaji nelayan warga Indonesia terus bekerjasam­a dengan pasukan keselamata­n.

Beliau berkata, pemilik perlu memastikan kapal dilengkapi dengan peralatan komunikasi bagi memudahkan mereka berhubung dengan pasukan keselamata­n jika berlaku kejadian tidak diingini, termasuk penculikan.

 ??  ?? KRISHNA (kanan) bersama Jati pada sidang media di Sandakan.
KRISHNA (kanan) bersama Jati pada sidang media di Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia