Harian Metro

Rundum indah, dingin

- Mohd Izham Unnip Abdullah thaddius@nstp.com.my

 Destinasi pelanconga­n cecah 16 darjah selsius sedia aktiviti berkuda

Destinasi pelanconga­n baharu di Kampung Rundum iaitu Tanah Tinggi Rundum di sini, bakal menawarkan aktiviti berkuda sebagai tarikan pelancong dan pengunjung mulai Januari depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong, Jamawi Jaafar yang mengilhamk­an aktiviti itu sebagai usaha memperkena­lkan Tanah Tinggi Rundum berkata, sebagai permulaan tiga kuda import yang jinak disediakan di lokasi pelanconga­n itu.

“Operasi bermula awal Januari depan. Pelancong dibantu dan dikawal selia pengendali kuda atau joki berpengala­man bagi mencuba aktiviti itu yang kami lihat sangat sesuai dengan suasana di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata, pelancong yang ingin mencuba aktiviti menunggang kuda dikenakan bayaran RM15 bagi dewasa dan RM7 bagi kanak kanak berusia 12 tahun ke bawah untuk satu pusingan di padang Tanah Tinggi Rundum.

Jamawi berkata, beliau yakin aktiviti itu menjadi tarikan kepada pelancong untuk melawat kawasan itu yang dikenali antara kawasan bersuhu dingin di daerah ini dengan suhu mencecah serendah 16 da- rjah selsius.

“Selain udara dingin, pemandanga­n indah sekitar tanah tinggi ini pasti mendamaika­n kepada sesiapa saja yang berkunjung ke sini. Sebagai tambahan, pengunjung boleh menunggang kuda untuk mempelbaga­ikan aktiviti ketika di sini,” katanya.

Beliau berkata, pelancong boleh menikmati kesejukan air terjun Rundum atau meneroka peninggala­n sejarah Kubu Lama Inggeris berdekatan Kampung Rundum.

“Dengan adanya tarikan seperti ini, saya yakin Tanah Tinggi Rundum menjadi destinasi pelanconga­n yang cukup menarik dilawati, sekali gus boleh menyumbang kepada peningkata­n taraf sosioekono­mi rakyat di kawasan ini,” katanya.

 ??  ?? JAMAWI menunjukka­n aktiviti menunggang kuda di kawasan berlatarbe­lakang awan. PENDUDUK Rundum berpakaian tradisi Murut sedia menunggu pengunjung yang ingin beriadah menunggang kuda di Tanah Tinggi Rundum, Tenom.
JAMAWI menunjukka­n aktiviti menunggang kuda di kawasan berlatarbe­lakang awan. PENDUDUK Rundum berpakaian tradisi Murut sedia menunggu pengunjung yang ingin beriadah menunggang kuda di Tanah Tinggi Rundum, Tenom.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia