Harian Metro

‘Kenapa mengungkit kes mahkamah skandal JANS’

-

Kota Kinabalu: Parti Bersatu Sabah (PBS) membidas kenyataan kerajaan negeri yang mengheret bekas presidenny­a, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dalam isu perbelanja­an menunaikan haji Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin bersama rombongann­ya, baru-baru ini.

Ketua Penerangan PBS Datuk Joniston Bangkuai berkata, adalah tidak wajar apabila Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengheret nama Pairin bagi menjawab rasional perbelanja­an tambahan sebanyak RM1.3 juta membiayai kos menunaikan haji untuk Juhar dan rombongann­ya.

“Menyindir Pairin, bekas Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur negeri dalam skandal Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang sudah dibawa ke mahkamah adalah satu penghinaan.

“Kenapa mengungkit kes mahkamah skandal JANS sedangkan kita tahu tindakan itu adalah (sedang dipertimba­ngkan oleh mahkamah) kerana perkara itu dalam semakan kehakiman,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan mengenai kenyataan Mohd Shafie yang dilaporkan berkata bahawa adalah lebih baik untuk bertanya kepada PBS mengenai penemuan jutaan ringgit di JANS dan apa yang Pairin lakukan ketika pentadbira­nnya dulu berbanding bertanya penjelasan mengenai peruntukan Yang di-Pertua Negeri.

Joniston yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu berkata, belum pernah berlaku peruntukan berjumlah RM1.3 juta dalam perbelanja­an tambahan seperti diluluskan pada Ogos lalu untuk Juhar dan rombongann­ya menunaikan haji.

“Jumlah awal yang diperuntuk­kan, sebanyak RM570,000 mungkin boleh dianggap sebagai ‘kelayakan’ tetapi bukan peruntukan tambahan besar yang perlu dibayar oleh rakyat Sabah,” katanya.

 ??  ?? JONISTON
JONISTON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia