Harian Metro

Perlu kembali bersatu pada PRN12

-

Pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak perlu kembali bersatu jika berhasrat menawan negeri ini pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12).

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Baru Bian berkata, setiap ahli parti perlu menetapkan fokus dan melupakan persaingan pada pemilihan parti.

Katanya, justeru ahli parti perlu berusaha dan bekerja sebagai satu pasukan serta memfokuska­n strategi untuk mengatasi Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Hanya dengan kerjasama dalam satu pasukan akan memberi peluang cerah kepada kita untuk menawan Sarawak dalam pilihan raya negeri akan datang,” katanya dalam kenyataan media, di sini, semalam.

Baru yang juga Menteri Kerja Raya berkata, selepas disahkan sebagai Pengerusi MPN Sarawak bagi penggal 2018 hingga 2021, beliau tidak sabar untuk bekerjasam­a dengan Ketua Cabang di negeri ini yang baharu atau dipilih semula.

Sehubungan itu katanya, beliau dan semua barisan pimpinan negeri perlu terus berusaha mengukuhka­n kedudukan parti itu di Sarawak dan yakin ia dicapai jika semua pihak boleh bekerjasam­a mencapai matlamat itu.

“Matlamat kita menjadikan Sarawak lebih baik dan Malaysia yang lebih kukuh menerusi kerajaan Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Baru yang dipilih semula untuk menerajui PKR Sarawak turut menyatakan penghargaa­n kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi kepercayaa­n kepadanya.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg memuji inisiatif Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) menganjurk­an pertanding­an zikir marhaban bagi menghidupk­an budaya seni Islam itu di negeri ini.

Beliau berkata, amalan berzikir perlu diberi nafas baru dan pendedahan maksimum, khususnya kepada

 ??  ?? BARU
BARU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia