Harian Metro

Cekap selesaikan masalah rakyat

-

Kuching: Kakitangan kerajaan negeri diingatkan sentiasa memberikan perkhidmat­an cekap serta berusaha memastikan jabatan dan kementeria­n dapat menyelesai­kan masalah dibangkitk­an rakyat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, organisasi kerajaan harus menyedari hakikat betapa pentingnya perkhidmat­an yang diberikan untuk memuaskan hati orang awam.

Katanya, beliau memuji Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan negeri yang baru-baru ini mendapat penilaian lima bintang daripada Jabatan Perbendaha­raan Negeri kerana memberikan perkhidmat­an terbaik kepada pelanggan.

“Sebagai kakitangan awam, kita perlu berusaha memastikan perkhidmat­an diberikan kepada rakyat sentiasa yang terbaik dan memuaskan hati.

“Apabila kakitangan memberikan perkhidmat­an terbaik, ia sekali gus melonjakka­n imej kerajaan negeri,” katanya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Aprisiasi Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan Sarawak, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Menteri Muda Pembanguna­n Usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana negeri, Datuk Mohd Naroden Majais dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan negeri, Datuk Liaw Soon Eng.

Dalam perkembang­an lain, Awang Tengah berkata, sebanyak RM85.3 juta diperuntuk­kan bagi pembanguna­n estet perindustr­ian dan RM18.4 juta untuk pembanguna­n usahawan serta perusahaan kecil dan sederhana pada pembentang­an Belanjawan Sarawak 2019.

“Saya menyeru semua kakitangan untuk memperkema­s cara kerja dan penyampaia­n supaya misi kementeria­n dapat dicapai seiring dengan hasrat kementeria­n,” katanya.

 ??  ?? AWANG Tengah (dua dari kiri) memberikan cenderahat­i kepada kakitangan yang bersara pada Majlis Makan Malam Aspirasi Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan di Kuching.
AWANG Tengah (dua dari kiri) memberikan cenderahat­i kepada kakitangan yang bersara pada Majlis Makan Malam Aspirasi Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia