Harian Metro

OPICK PILIH BEKAS MODEL

- Amirul Haswendy Ashari cnews@nstp.com.my

 Penyanyi Indonesia akui nikah bekas model

Penyanyi Indonesia yang popular dengan lagu ketuhanan, Opick mengumumka­n berkahwin dengan bekas model, Bebi Silvana, kelmarin.

Difahamkan, ini pernikahan keempat buat penyanyi yang popular dengan lagu Rapuh itu.

Bagaimanap­un, segelintir netizen di laman sosial mendakwa penyanyi itu berpoligam­i, sekali gus mengundang rasa kurang senang dalam kalangan peminat wanita.

Opick pernah berkahwin dengan Dian Rositanigt­um pada 15 Julai 2002 dan dikurniaka­n enam anak namun mereka bercerai 17 April lalu.

Opick dilaporkan berkahwin secara rahsia dengan Wulan Mayasari Hanis Sudiyono yang juga isteri keduanya tahun lalu namun wanita itu meninggal dunia ketika melahirkan anak sulung mereka, 18 Mac lalu.

Beberapa media Indonesia pernah melaporkan dakwaan Opick ada isteri ketiga iaitu ahli politik, Yuliast Mochamad namun tiada pihak mengesahka­nnya.

Sementara itu, isterinya Bebi menafikan dia bermadu dengan wanita lain.

“Poligami itu jika bernikah lebih dari satu. Jika hanya seorang isteri, tidak berpoligam­i. Tiada yang salah terhadap beliau sebab Opick menjalanka­n kewajipann­ya sebagai suami yang taat kepada Allah.

“Jika ada yang menuduh beliau berpoligam­i bererti anda kurang fokus, kurang membaca maklumat berita terkini,” katanya.

Perkongsia­n gambar pasangan itu di Instagram mendapat pelbagai respons daripada peminat masing-masing.

Ada di antaranya mengecam tindakan Opick dan tidak kurang mendoakan kebahagiaa­n pasangan itu.

 ??  ??
 ??  ?? OPICK dan isterinya, Bebi Silvana.
OPICK dan isterinya, Bebi Silvana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia