Harian Metro

ADIB DAH TIADA

- Faris Fuad faris.fuad@nstp.com.my

> Setelah bertarung nyawa selama 21 hari, anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman meninggal dunia jam 9.41 malam tadi. Allahyarha­m menghembus­kan nafas terakhir di sisi ahli keluarga akan dikebumika­n

di Kedah selepas solat Zuhur hari ini, lapor Faris Fuad.

 Meninggal di sisi ahli keluarga jam 9.41 malam tadi

Selepas 21 hari bertarung nyawa, anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, Selangor, akhir bulan lalu disahkan meninggal dunia jam 9.41 malam tadi.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata, jenazah arwah akan diuruskan di Institut Jantung Negara (IJN) sebelum dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah di sini untuk penghormat­an terakhir.

“Selepas itu, jenazah akan dibawa menaiki helikopter untuk dihantar pulang ke kampung halaman di Kedah.

“Jenazah dijangka akan dikebumika­n selepas solat Zuhur,” katanya pada sidang media di IJN, malam tadi.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata keluarga anggota bomba itu berada di sisi Muhammad Adib ketika arwah menghembus­kan nafas terakhir.

“Keluarga dimaklumka­n mengenai keadaan semasa Muhammad Adib sejak pagi tadi (semalam).

“Keluarga arwah termasuk ibu bapa dan adiknya berada di sisi Muhammad Adib dari pagi tadi (semalam) hingga malam ini (tadi),” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ZURAIDAH mengesahka­n Muhammad Adib meninggal dunia jam 9.41 malam pada sidang media di Institut Jantung Negara (IJN), malam tadi. MUHAMMAD Adib ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).
ZURAIDAH mengesahka­n Muhammad Adib meninggal dunia jam 9.41 malam pada sidang media di Institut Jantung Negara (IJN), malam tadi. MUHAMMAD Adib ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia