Harian Metro

Nota ugutan ‘nyawa terakhir’

 Cermin kereta pemilik kedai dobi ditembak dua lelaki bermotosik­al ketika sarapan pagi

- Farah Suhaidah Othman cnews@nstp.com.my

Nyawa terakhir! Begitulah tulisan pada kertas ugutan diterima seorang lelaki bergelar Datuk sebelum cermin hadapan kenderaann­ya ditembak di hadapan sebuah restoran di Taman Meru 2B di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.56 pagi, mangsa yang juga pemilik kedai dobi berusia 50 tahun terselamat.

Menurut sumber, mangsa dipercayai pernah menerima ugutan bulan lalu menerusi surat yang ditulis kepadanya.

Katanya, dalam surat berkenaan ada meminta wang RM3 juta, tetapi tidak dihiraukan mangsa.

“Bagaimanap­un, mangsa sekali lagi menerima ugutan pagi tadi (semalam) selepas solat Subuh di sebuah surau di Taman Meru 2B.

“Mangsa terima nota ugutan yang diselitkan pada cermin hadapan kenderaan Mitsubishi Outlander miliknya.

“Mangsa tidak menghirauk­annya dan terus memandu ke sebuah restoran di Taman Meru 2B berhampira­n kedai dobi dimiliknya.

“Ketika mangsa bersarapan, dua lelaki yang menunggang dan membonceng motosikal menghampir­i kenderaan mangsa yang di parkir di hadapan restoran berkenaan sebelum seorang daripadany­a melepaskan satu das tembakan ke arah cermin hadapan bahagian pemandu,” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abdul Rahman berkata, dua suspek itu memakai topi keledar ge- lap dan menaiki motosikal tanpa nombor pendaftara­n.

“Seorang daripada suspek melepaskan tembakan pada cermin hadapan kenderaan terbabit.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh dan Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan,” katanya.

Sementara itu, pekerja restoran yang hanya mahu dikenali sebagai Shah, 27, berkata, mangsa adalah pelanggan tetap di kedai berkenaan.

Menurutnya, dia ada ternampak dua lelaki menaiki sebuah motosikal, tetapi tidak dapat melihat dengan jelas berikutan kedua-duanya memakai topi keledar bercermin gelap.

“Ketika itu, pelanggan tidak sampai 10 orang dan tiba-tiba saya terdengar satu das tembakan dilepaskan.

“Dua lelaki itu melarikan diri dengan memecut motosikal,” katanya.

 ?? FOTO: EFFENDY RASHID ?? NOTA ungutan ‘nyawa terakhir’ yang diletakkan pada cermin hadapan kenderaan pacuan empat roda dipercayai milik seorang Datuk. KESAN tembakan pada cermin hadapan kereta milik seorang Datuk yang diparkir di hadapan sebuah restoran di Taman Meru 2B.
FOTO: EFFENDY RASHID NOTA ungutan ‘nyawa terakhir’ yang diletakkan pada cermin hadapan kenderaan pacuan empat roda dipercayai milik seorang Datuk. KESAN tembakan pada cermin hadapan kereta milik seorang Datuk yang diparkir di hadapan sebuah restoran di Taman Meru 2B.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia