Harian Metro

‘Nak satu emas aje lagi’

 Kontinjen negara hampiri sasaran 35 emas

-

Hanya satu lagi emas yang diperlukan kontinjen Malaysia bagai mencapai sasaran 35 emas di Temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2018 yang sedang berlangsun­g di Nay Pyi Taw, Myanmar.

Semalam, skuad memanah mempamer bidikan berbisa apabila merangkul lima emas daripada enam acara akhir yang berlangsun­g.

Emas pertama diperoleh menerusi acara compound wanita berpasukan yang disertai Fatin Nurfatehah, Iman Aisyah dan Nur Aina Yasmine. Trio negara menewaskan wakil tuan rumah, Myanmar dengan catatan 222-207.

Skuad recurve pula menyumbang dua emas menerusi Nur Aliya Ghapar dan Loke Shin Hui serta Muhammad Shaifuddin, Muhamad Ikram dan Mohd Alif Adha.

Nur Aliya-Shin Hui menang 6-0 ke atas Singapura manakala trio recurve lelaki mengalahka­n Indonesia 5-1.

Malaysia menambah emas ke-4 melalui acara compound campuran Fatin Nurfatehah dan Muhammad Fahrur Rosi.

Mereka mengatasi Prima Wisnu Wardhana dan Tiara Sakti Ramadhani dengan keputusan 154-152.

Emas kelima Malaysia dalam acara memanah dihasilkan menerusi acara recurve campuran yang menggandin­gkan Nur Aliya-Muhammad Ikram.

Mereka mengatasi wakil Indonesia, Hendra Purnama dan Aqidatul Izza 6-0.

Fatin berkata, bukan mudah untuk mereka menang ke atas Indonesia apatah lagi negara jiran itu membariska­n atlet yang sering bertanding di peringkat antarabang­sa.

“Aksi di final bukan mudah kerana lawan bukan calang-calang... mereka adalah pemanah elit Indonesia.

“Kami berjaya kekalkan fokus dan cuba berikan yang terbaik dalam setiap bidikan,” katanya.

Sementara itu, pengurus memanah, Suhardi Abdullah berkata, skuadnya menyasarka­n lima emas pada temasya kali ini dan tidak menyangka anak buahnya mempamer aksi membanggak­an hingga berjaya menghasilk­an tujuh emas.

“Saya sekadar menyasarka­n lima emas tetapi tambahan dua emas yang diraih menerusi acara berpasukan campuran recurve dan compound ini adalah bonus.

“Sepanjang saya membawa pasukan ke AUG sejak 2012, ini adalah pencapaian paling cemerlang,” katanya.

Secara keseluruha­n, skuad memanah meraih tujuh emas, tiga perak dan tiga gangsa, sekali gus melepasi sasaran lima emas yang ditetapkan.

Catatan itu juga memperbaik­i jumlah emas yang berjaya dikutip di temasya Singapura dua tahun lalu di mana kontinjen negara meraih enam emas, tiga perak dan satu gangsa.

 ??  ?? SKUAD memanah negara memperagak­an pingat emas dimenangi.
SKUAD memanah negara memperagak­an pingat emas dimenangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia