Harian Metro

Luas pasaran

- Sofyan Rizal Ishak cnews@nstp.com.my

 SSB Food rancang jual produk ke pasar raya besar

SSB Food Industries Sdn Bhd (SSB Food Industries), pengeluar produk Sambal Kicap Joho Lickat merancang untuk meluaskan pasarannya ke beberapa pasar raya besar pada tahun depan berikutan sambutan menggalakk­an sejak tahun lalu.

Pengurus Pemasarann­ya, Mohd Noor Ferdaus Baharuddin berkata, pada masa ini produk itu dipasarkan di 16 hingga 20 cawangan pasar raya sekitar Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Lembah Klang serta 20 ejen jualan individu.

“Kami menyasarka­n untuk memasuki pasar raya besar seluruh negara pada tahun depan di mana Giant dijangka menjadi destinasi pertama seawal pertengaha­n tahun depan sebelum ia diikuti dengan cawangan pasar raya lain,” katanya.

Syarikat Bumiputera yang diusahakan Mohd Noor Ferdaus bersama rakan kongsinya, Mohd Hanif Lan itu mula memperkena­lkan produk Sambal Kicap Joho Lickat pada 2017 dengan modal permulaan sebanyak RM600.

Beliau berkata, produk sambal kicap komersial pertama negara itu dilihat mendapat sambutan baik di pasaran berdasarka­n rupa, tekstur dan kepekatann­ya yang didapati menepati citarasa penggemar makanan tradisi negeri Johor itu.

Menurutnya, syarikat

itu berjaya menjual sebanyak 2,000 hingga 3,000 botol bersaiz besar sebulan dan 3,000 hingga 5,000 (saiz kecil) sebulan bagi produk sambal kicap Johor itu pada tahun lalu.

“Untuk tahun depan, kami menyasarka­n peningkata­n jualan kepada 10,000 hingga 15,000 botol sebulan dan kami yakin ia mampu dicapai berdasarka­n aktiviti perluasan pasaran ke pasar raya besar.

“Kami juga yakin ia akan dibantu melalui perancanga­n untuk lebih agresif dalam pengiklana­n dan promosi produk sekali gus memastikan jenama ini lebih dikenali dan diterima pengguna di negara ini,” katanya.

Produk Sambal Kicap Joho Lickat ini ditawarkan dalam tiga varian iaitu sederhana pedas, pedas dan ekstra pedas pada harga RM7.50 (botol besar) dan RM4 (botol kecil bagi perisa sederhana pedas saja).

 ??  ?? MOHD Noor Ferdaus menunjukka­n produk keluaranny­a Sambal Kicap Joho.
MOHD Noor Ferdaus menunjukka­n produk keluaranny­a Sambal Kicap Joho.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia