Harian Metro

CUMA SALAH FAHAM

- Faliq Lajim cnews@nstp.com.my

Pengurusan Rangkaian Restoran Khulafa Sdn Bhd menafikan dakwaan pekerjanya mencuci sudu dan garfu di atas jalan belakang premis itu yang tular di media sosial sejak kelmarin.

Pengerusin­ya, Datuk Abdul Wahith Sharfuddin berkata, salah faham itu timbul berikutan pekerja sambilan berkenaan mahu membuang peralatan terbabit yang disimpan di dalam stor di restoran cawanganny­a di Seksyen 7, di sini, kira-kira jam 1 petang.

“Pada waktu itu, beberapa pekerja membersihk­an bahagian belakang premis berkenaan dan membuang barangan yang tidak boleh digunakan.

“Ketika seorang pekerja mahu mengangkat dan membuang sudu serta garfu itu di dalam plastik hitam, ia bagaimanap­un terjatuh ke jalan. Pekerja itu kemudian mengangkat dan mengumpuln­ya sebelum ia dibuang.

“Namun, mungkin secara kebetulan ada orang merakam gambar hingga timbul salah faham mengenainy­a,” katanya ketika ditemui di restoran itu, semalam.

Abdul Wahith berkata, cara basuhan sudu dan garfu di kedainya itu mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Kami merendamny­a dengan air berisi sabun sebelum dicuci dengan span dan dibilas. Ia kemudian direndam pula di dalam air panas,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah memaafkan individu yang menularkan perkara itu.

“Saya percaya dengan rezeki Allah dan hanya meminta orang ramai menyiasat terlebih dulu sebelum menularkan dakwaan seumpama itu yang memberi kesan kepada premis ini.

“Kami mempunyai lapan cawangan dan berpengala­man dalam perniagaan hampir 38 tahun. Cawangan restoran kami semua mengikut pematuhan piawaian syariah.

“Semua tukang masak serta pekerja terdiri daripada mereka yang beragama Islam. Jika ada pekerja yang bukan Islam, mereka hanya bekerja untuk mengambil serta menghantar pesanan makanan pelanggan,” katanya.

Susulan kejadian itu, Abdul Wahith berkata, Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) turut membuat pemeriksaa­n di premis berkenaan kira-kira jam 11 pagi, semalam.

“Pemeriksaa­n itu mendapati premisnya bersih dan mengikut piawaian yang ditetapkan

Pekerja restoran Khulafa mahu buang sudu, garfu bukan cuci seperti tular di media sosial

pihak berkuasa,” katanya.

Kelmarin, satu status berserta beberapa keping gambar tular apabila seorang pekerja restoran itu dilihat seakan-akan mencuci sudu dan garfu di atas lantai jalan di belakang premis.

 ??  ?? ABDUL Wahith (kanan) bersama pekerjanya menunjukka­n sudu serta garfu karat yang hendak dibuang.
ABDUL Wahith (kanan) bersama pekerjanya menunjukka­n sudu serta garfu karat yang hendak dibuang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia