KAJI KAEDAH PELEPASAN AIR

Harian Metro - - Tengah - Samadi Ahmad [email protected]

Kerajaan akan berusaha menyelesaikan masalah banjir kilat yang sering menjejaskan penduduk dan petani di Kampung Olak Lempit di sini, sejak kebelakangan ini.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, pihaknya sudah mengenal pasti punca banjir kilat itu disebabkan limpahan air yang banyak ketika hujan lebat dan tidak dapat mengalir keluar ke Sungai Langat.

Menurutnya, kawasan yang sering dilanda banjir kilat itu adalah kawasan rendah dan keutamaan untuk diatasi itu membabitkan kawasan rumah penduduk dan ladang tanaman kontan petani yang dijangka dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Katanya, beliau akan mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kuala Langat dan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) untuk bekerjasama mengkaji cara pengeluaran air yang cepat sekiranya hujan lebat di kawasan itu.

“Kami juga menerima cadangan dari JPS untuk membina penyelenggaraan pam air di Sungai Kuala Langat untuk menarik air keluar yang melimpah dari kawasan yang terjejas banjir,” katanya pada sidang media ketika mengadakan lawatan ke kawasan yang terjejas banjir di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil Adhif Syan Abdullah, Pegawai Daerah Kuala Langat Mohd Jusni Hashim dan Penolong Jurutera JPS Kuala Langat, Bohari Osman. Pada 15 Disember tahun lalu, banjir kilat berlaku di kawasan itu selama empat hari sedalam 0.5 meter akibat perlombongan pasir mengakibatkan tanaman diusahakan penduduk musnah menyebabkan mereka mengalami kerugian besar.

Akibat banjir kilat itu, 50 petani yang mengusahakan

 Kerajaan tangani masalah banjir di Kampung Olak Lempit

tanaman kontan kerugian hampir RM120,000.

Dr Xavier berkata, beliau juga akan mengarahkan JPS untuk meneliti kos peruntukan penyelengaraan pam air berkenaan sebelum meluluskan peruntukan khas melalui kementeriannya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat berkata, pihaknya juga berharap Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani turun padang melihat keadaan banjir yang dialami petani terbabit.

Menurutnya, petani juga perlu tahu keadaan tanah yang diusahakan mereka termasuk membina sistem perparitan sendiri kerana tanah itu bukan milik kerajaan serta mempunyai syarat tersendiri yang perlu dipatuhi.

Dalam perkembangan lain, Dr Xavier memaklumkan projek dilaksanakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri Selangor membabitkan penternakan lembu di kawasan itu akan diteruskan kerana ia sudah lama diluluskan bagi memindahkan penternak bandar ke kawasan luar bandar.

DR Xavier (tengah) melawat kawasan pertanian di Kampung Olak Lempit yang dilanda banjir kilat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.