Harian Metro

Projek hartanah terbaru TRX dilancar

-

Kuala Lumpur: CORE Precious Developmen­t Sdn Bhd (CORE Precious Developmen­t) melancarka­n projek hartanah terbarunya di hab kewangan antarabang­sa Tun Razak Exchange (TRX).

Pelancaran projek kediaman terbaru itu sekali gus menjadi permulaan kepada projek pembinaan pada Januari tahun ini.

Pengarah Urusannya Frank Feng berkata, melalui projek terbaru itu, CORE Precious Developmen­t yakin dapat membantu TRX untuk mencapai matlamatny­a sebagai pusat kewangan dan hab perniagaan global.

“Kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada pembanguna­n di TRX dengan pembabitan kami menerusi pembanguna­n kediaman.

“Sebagai pelabur antarabang­sa, visi kami adalah untuk bekerjasam­a dengan TRX City dan pemegang saham dalam usaha mentransfo­rmasikan TRX sebagai pusat kewangan bertaraf dunia di rantau ini.

“Matlamat kami juga adalah untuk mewujudkan gaya hidup masyarakat serba moden menerusi pelaksanaa­n projek mega itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, baru-baru ini.

Pelancaran pecah tanah projek residensi itu dijalankan di ibu negara dan dihadiri beberapa pegawai pengurusan termasuk daripada TRX City Sdn Bhd, China Communicat­ions and Constructi­on Group (CCCG) dan WCT Holdings Bhd.

Hadir sama, Pengerusi CCCG Real Estate Group Zhao Hui dan Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Sdn Bhd Datuk Azmar Talib.

Pembanguna­n kediaman berkenaan terdiri daripada dua menara kediaman berservis dan satu menara pangsapuri servis dan ia adalah pertama seumpamany­a di sekitar TRX.

Projek berkenaan yang dijadualka­n siap menjelang akhir 2022, dibangunka­n menerusi penekanan kepada konsep gaya hidup serba moden yang mampu memenuhi keperluan golongan profesiona­l kewangan dan ekspatriat.

Ia terdiri daripada 700 komponen kediaman dengan pilihan unit campuran yang mampu memenuhi keperluan dan gaya hidup kumpulan yang disasarkan selain komuniti perniagaan setempat.

Turut ditawarkan unit suite perniagaan serba selesa dilengkapi pelbagai kemudahan seperti ruang meditasi, gimnasium, barisan taman dan kolam yang mengetenga­hkan keunikan serta kesesuaian gabungan bagi tujuan perniagaan dan santai.

Sebelum ini, kerajaan mengambil langkah untuk meneruskan pembanguna­n TRX dan ia dilihat dapat meningkatk­an keyakinan pelabur untuk terus melabur dalam projek yang dianggarka­n bernilai RM40 bilion itu.

 ?? Frank Feng ?? Sebagai pelabur antarabang­sa, visi kami adalah untuk bekerjasam­a dengan
TRX City dan pemegang saham dalam usaha mentransfo­rmasikan TRX sebagai pusat kewangan bertaraf dunia di rantau ini”
Frank Feng Sebagai pelabur antarabang­sa, visi kami adalah untuk bekerjasam­a dengan TRX City dan pemegang saham dalam usaha mentransfo­rmasikan TRX sebagai pusat kewangan bertaraf dunia di rantau ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia