Harian Metro

Sasar jual 1,000 televisyen AX1 AQUOS 8K

-

Putrajaya: Sharp Electronic­s (Malaysia) Sdn Bhd (SEM) meletakkan sasaran jualan sehingga 1,000 unit televisyen terbarunya, siri AX1 AQUOS 8K yang pertama seumpamany­a di ASEAN.

Pengarah Urusan SEM Robert Wu berkata, pihaknya yakin siri ini akan mendapat sambutan baik pelanggan khususnya bagi mereka yang gemarkan paparan berkualiti.

“Kami memulakan pembanguna­n 8K ini sejak 2009 dan kini masa yang ditunggu-tunggu untuk membawa produk ini ke Malaysia,” katanya pada majlis pelancaran siri X1 AQUOS 8K di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan ASEAN, Sharp Corporatio­n, Yoshihiro Hashimoto.

Panel televisyen berkenaan memaparkan resolusi 8K berkualiti tinggi dengan 33 juta piksel yang juga 16 kali lebih tinggi berbanding resolusi televisyen definisi tinggi penuh (full HD) dan empat kali lebih tinggi daripada resolusi 4K definisi tinggi ultra (ultra HD).

Ia memaparkan imej dengan resolusi lebih tinggi berbanding pandangan mata memandangk­an semua model dalam siri ini menggunaka­n panel UV2A buatan Jepun, manakala bagi saiz 80 inci, menggunaka­n panel IGZO.

Ia dilengkapi ciri Eilex Prism yang menghasilk­an kualiti bunyi lebih baik.

Siri ini ditawarkan pada harga RM73,999 bagi saiz 80 inci manakala saiz 70 inci (RM36,999) dan 60 inci (RM25,999).

Menurutnya sempena sambutan Tahun Baru Cina, pihaknya mengadakan tawaran istimewa bermula semalam hingga 15 Januari ini di pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya dengan kerjasama gedung barangan kediaman, Harvey Norman.

Dengan setiap pembelian televisyen siri AX1 AQUOS 8K, pelanggan akan menerima secara percuma.

 ??  ?? WU (dua dari kanan) bersama Hashimoto (dua dari kiri) melancarka­n televisyen siri AX1 AQUOS 8K, semalam.
WU (dua dari kanan) bersama Hashimoto (dua dari kiri) melancarka­n televisyen siri AX1 AQUOS 8K, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia