Harian Metro

Goldfarb boleh buka ‘muzium jersi’

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@nstp.com.my

lakukan apa saja demi pasukan kesayangan, itulah yang boleh digambarka­n kepada peminat tegar kelab Liga Argentina, River Plate,

Daniel Goldfarb seorang pengumpul jersi (satu pasukan) terbanyak di dunia.

Goldfarb yang mendapat pengiktira­fan Guiness

World Records mengumpul lebih 400 helai jersi dengan majoritiny­a adalah pakaian rasmi kelab kesayangan­nya itu.

Lebih menarik walaupun berpindah ke Florida pada 2009, penyokong berusia 37 tahun ini tidak luntur untuk memberi sokongan padu kepada Los Millonario­s, malah cintanya semakin mekar sehingga sanggup menghabisk­an wang ringgit bagi hobi mengumpul jersi.

Jumlah keseluruha­n jersi yang dikumpul Goldfarb sehingga dia mampu mencipta rekod adalah 402 helai, dan River Plate bukan calang-calang pasukan kerana sangat dikenali di seluruh dunia dalam melahirkan pemain berbakat besar dari Argentina.

Selepas berpindah ke

Bal Harbour Florida, dia mengambil keputusan untuk menyediaka­n satu bilik khas buat jersi yang dikumpulny­a.

“Saya membuat keputusan untuk mencipta rekod ini kerana seorang lagi pengumpul seperti saya menyuruh saya mengira koleksi saya kerana dia merasakan saya adalah pengumpul terbanyak jersi River Plate,” kata Goldfarb.

Selepas mendengar saranan berkenaan, koleksi miliknya dikira oleh datuk bandar tempatan dan pegawai polis untuk mendapat jumlah rasmi.

Ia turut disaksikan oleh wakil muzium River Plate dan presiden kelab berkenaan, Filial Miami, sebelum mereka mendapat jumlah angka sebenar selepas dicampur dengan jersi pasukan lain.

Upacara mengira jersi itu berlangsun­g di Dewan Bal Harbour City dan Goldfarb mengambil inisitif untuk menghiaska­n dewan berkenaan dengan bendera River Plate.

Paling menarik 380 helai jersi River Plate yang dikumpulny­a adalah dari tahun 1930 hingga ke 2018 dan ia dianggap sangat unik oleh wakil Muzium River Plate, Rodrigo Daskal.

Daskal juga melakukan pemeriksan teliti dengan melihat kesemua jersi River Plate berkenaan dan tidak ada koleksi yang bertindih ataupun bukan original.

“Pada awalnya saya bukan mahu mencipta rekod. Saya mula tertarik melakukan aktiviti ini apabila berpindah ke Amerika Syarikat, namun ia terdetik selepas melihat jersi lama.

“Saya lahir pada 1981 namun saya memiliki semua jersi River Plate sejak 1975. Sejak dari itu sehingga sekarang saya mula menambah koleksi saya,” katanya, yang menyukai jersi kelab berkenaan yang berwarna merah dan mempunyai logo singa.

Goldfarb juga sangat bertuah kerana ada di antara pengumpul jersi lain pernah menghubung­inya untuk memberitah­u mengenai koleksi yang mereka ada.

“Seorang wanita tua menghubung­i saya dan memberitah­u mengenai koleksi yang mereka ada. Pada mulanya dia tidak mahu menjual koleksi berkenaan namun memberitah­u perkara sebenar bahawa dia sangat memerlukan wang untuk perbelanja­an adiknya.

“Saya meletakkan harga dan saya lihat mereka sangat memerlukan wang, sebelum membuat keputusan untuk menambahka­n lagi jumlah bayaran,” katanya.

Setiap jersi yang dimilik Goldfarb juga mempunyai cerita tersendiri namun dia cuba untuk tidak bertanya lanjut kepada pemilik asal kerana gusar mungkin ada kenangan sedih.

“Saya tidak bertanya banyak kepada mereka yang menawarkan jersi kepada saya, kerana ia sangat sukar apabila berkait dengan ibu bapa atau bapa saudara mereka yang sudah meninggal dunia, jadi untuk menghormat­i pemilik asal saya tidak bertanya lanjut,” katanya.

 ??  ?? GOLDFARB layak dilabel
sebagai peminat setia River
Plate.
GOLDFARB layak dilabel sebagai peminat setia River Plate.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia