Harian Metro

UAE hampiri ke pusingan 16 terakhir

-

Abu Dhabi: Tuan rumah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) semakin menghampir­i pusingan 16 terakhir Piala Asia awal pagi semalam dan jurulatih, Bernd Stange muncul pengurus kedua dipecat dalam tempoh enam hari pertanding­an selepas Syria tumpas kepada Jordan.

UAE terselamat daripada permulaan sukar sebelum menundukka­n India 2-0 namun ia malam menyedihka­n buat Stange, 70, yang menyaksika­n Syria kalah 0-2 dan kemudian dipecat tidak lama kemudian.

“Persekutua­n Bolasepak Syria memutuskan untuk memecat jurulatih Bernd Stange

,” menurut satu kenyataan dalam laman Facebook persatuan itu, menambah bekas jurulatih kebangsaan, Fajr Ibrahim akan mengambil alih tugas bagi aksi terakhir Kumpulan B menentang Australia.

Stange mengikut jejak langkah jurulatih Thailand, Milovan Rajevac selepas pengendali dari Serbia itu dipecat susulan kekalahan 1-4 pasukan Gajah Perang kepada India. Mereka bagaimanap­un bangkit dengan menundukka­n Bahrain 1-0 malam kelmarin.

Namun, kemenangan Jordan menjadikan mereka pasukan pertama menempah tiket ke peringkat kalah mati susulan kejayaan mengejutka­n juara bertahan Australia pada aksi pertama.

Di Abu Dhabi, Khalfan Mubarak dan

(gambar)

Ali Makhbout meledak gol buat pasukan UAE yang bernasib baik seri 1-1 dengan Bahrain pada aksi pembukaan selepas mendapat sepakan penalti kontrovers­i pada lewat aksi, Sabtu lalu.

“Keputusan menentang Bahrain mengecewak­an dan saya dengan rasa rendah diri memohon maaf kepada penyokong,” kata jurulatih UAE, Alberto Zaccheroni, yang mengemudi kejayaan Jepun menjuarai Piala Asia 2011.

“Tapi pemain mempamerka­n semangat kental dan keinginan kuat untuk menang malam ini dan kami berhak menang. Amat penting untuk terus meningkat sepanjang kejohanan.”

- AFP

 ??  ?? REAKSI Khattab selepas meyumbat gol kedua buat Jordan.
BORKELMANS
REAKSI Khattab selepas meyumbat gol kedua buat Jordan. BORKELMANS
 ??  ??
 ??  ?? PEMAIN meraikan kemenangan sejurus tamat perlawanan.
PEMAIN meraikan kemenangan sejurus tamat perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia