Harian Metro

Zainal uji import baharu pada aksi pramusim SYAZWAN MILIK SIAPA?

- Nazri Abu Bakar sukanteam@nstp.com.my Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Bekas pemain import PKNS, Faris Ramli sah menyertai pendatang baharu Liga Perdana, Perlis bagi mengharung­i saingan musim ini.

Perkhabara­n itu dimaklumka­n di laman Facebook, NorthernLi­ons Perlis dengan pemain kelahiran Singapura itu akan mengisi kuota sebagai pemain import Asia buat Singa Utara.

Selain muncul pemain import pertama ditandatan­gani Singa Utara, pengesahan itu juga menamatkan beberapa spekulasi berkenaan pemain terbabit yang dikatakan bakal menyertai juara Piala Malaysia, Perak.

Kehadiran Faris bermakna Persatuan Bolasepak Perlis

(PFA) kini perlu mencari tiga lagi pemain import untuk melengkapk­an kuota mereka.

Presiden PFA, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie sebelum ini menjelaska­n pihaknya akan menandatan­gani pemain import yang pernah beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) selepas kesuntukan masa untuk membuat pilihan.

“Masa semakin terhad untuk memilih import dan kami menggunaka­n saranan

(gambar)

Melaka: Pengendali Melaka United, Zainal Abidin Hassan akan menguji sepenuhnya empat import baharu skuad itu sepanjang aksi pramusim di Vietnam, bermula dengan menentang Becamax Binh Duong FC, hari ini.

Luka Milunovic dan Darko Markovic dari Serbia, Anselmo Casagrande (Brazil) dan Jang Suk Won (Korea Selatan) dijangka berganding­an buat pertama kali untuk tempoh 90 minit, sepanjang berada di Ho Chi

(gambar)

Minh sehingga 15 Januari ini.

Zainal berkata, semua pemain import itu akan membentuk tulang belakang skuad - bermula dengan Suk Won di posisi pertahanan, Markovic (tengah), manakala Milunovic dan Casagrande berperanan selaku penggempur.

“Keserasian dan persefaham­an antara mereka amat penting dalam persediaan pasukan mengharung­i Liga Malaysia musim ini.

“Pada tiga aksi persahabat­an sebelum ini, semua pemain ini belum dapat beraksi bersama bagi tempoh 90 minit, kecuali pada pertemuan berdepan Warriors FC membabitka­n 45 minit pertama.

“Jadi, saya akan menguji mereka di Ho Chi Minh kerana saya mahukan mereka pantas membentuk gandingan mantap sebelum liga bermula,” katanya.

Katanya, pemain Melaka perlu menggunaka­n sepenuhnya peluang itu untuk meningkatk­an prestasi mereka kerana skuad tuan rumah juga dijangka akan menurunkan skuad terbaik.

“Saya mahu segala kelemahan yang berlaku ketika perlawanan berdepan Selangor United, Negeri Sembilan dan Warriors FC segera diperbaiki kali ini,” katanya.

Selain Becamax Binh, Melaka turut dijadualka­n berdepan Sai Gon FC pada 13 Januari dan Ho Chi Minh City (15 Januari).

Pasukan manakah yang dapat memikat pemain muda kebangsaan, Syazwan Andik untuk musim depan?

(gambar)

Itu persoalan yang timbul selepas tonggak pertahanan Kuala Lumpur itu mengakui betapa dia tidak menolak kemungkina­n untuk mencari hala tuju baharu, namun menegaskan enggan terburu-buru sebelum membuat apa-apa keputusan.

Meskipun masih memiliki kontrak bersama Kuala Lumpur sehingga 2019, namun persembaha­n memberangs­angkan sepanjang musim lalu serta kejayaan membantu skuad Harimau Malaya muncul naib juara Piala AFF 2018 menyaksika­n khidmatnya kini diintai beberapa pasukan lain.

Bagaimanap­un,

Syazwan menjelaska­n dia memerlukan masa untuk mengadakan perbincang­an bersama ahli keluargany­a sebelum memuktamad­kan masa depannya selepas ini.

“Saya belum buat sebarang keputusan sama ada terus kekal bersama Kuala Lumpur mahu pun menyertai mana-mana pasukan pada saingan musim ini.

“Keinginan beraksi bersama pasukan lain memang ada tetapi tengoklah dulu macam mana. Saya kena dapatkan pandangan dan perbincang­an bersama ahli keluarga sebelum membuat keputusan,” jelasnya yang memaklumka­n buat masa ini tidak lagi menjalani latihan bersama skuad The Hawks.

Terdahulu, Selangor menyatakan minat terhadap pemain berusia 22 tahun itu sebelum Melaka United turut mengakui mereka mahukan khidmat bekas pemain Johor Darul Ta’zim II (JDTII) berkenaan.

Namun, pemain itu dikhabarka­n akan menyertai JDT dengan dia dipercayai sudah berada di Johor selepas mengemukak­an surat untuk menyatakan perpindaha­n kepada Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).

Setiausaha Agung Persatuan KLFA, Nokman Mustaffa ketika dihubungi Sukan NSTP juga menjelaska­n tidak mengetahui pasukan mana yang akan disertai Syazwan.

“Kita belum terima apa-apa lagi, kalau dia kata nak pergi sana (JDT), itu hak dia. Jika kita simpan (kekalkan) pun, kalau dia sudah tidak minat (beraksi) dengan KL (Kuala Lumpur), nak buat macam mana.

“Dia pun datang dari Johor, jadi kita akan bincang dengan pasukan itu. (JDT) belum hubungi (KLFA) lagi.

“Kita tak pernah tahan pemain, kalau dia nak pergi, itu hak dia untuk beraksi dengan mana-mana pasukan. Saya tak tahu mana satu (pasukan akan disertai Syazwan), saya tak terima apa-apa surat lagi,” kata Nokman.

 Tonggak pertahanan muda negara

enggan terburu-buru pilih kelab

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia