Harian Metro

Ramai prihatin nasib budak derita kulit rapuh

-

Kota Bharu: “Alhamdulil­lah rakyat Malaysia begitu prihatin terhadap anak saya, Muhammad Alif Firdaus Mohd Rosdy yang mengalami penyakit kulit rapuh. Terima kasih kepada semua yang menghubung­i dan menderma.”

Demikian luahan Ruziah Ismail, 38, susulan kisah anak bongsunya berusia lapan tahun disiarkan di Harian Metro sehingga mendapat perhatian pelbagai pihak.

Beliau berkata, sejak berita penderitaa­n anaknya itu disiarkan, dia mendapat ratusan panggilan dan WhatsApp setiap hari daripada pelbagai pihak untuk bertanyaka­n kisah anak bongsu daripada tiga beradik itu.

“Ada yang ingin bertanyaka­n kesahihan penyakit yang dialami Muhammad Alif Firdaus, ada yang ingin menghulurk­an sumbangan selain ada menawarkan pelbagai jenis produk.

“Pada masa sama, ada pihak ingin menawarkan rawatan kepada Muhammad Alif Firdaus. Saya tidak sangka ramai yang prihatin terhadap nasib anak saya.

“Akibat terlalu banyak panggilan diterima, saya terpaksa menutup panggilan kerana perlu memberi perhatian kepada Muhammad Alif Firdaus dan hanya mampu menerima mesej daripada WhatsApp saja,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Muhammad Alif Firdaus yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang di sini, menderita penyakit Epidermoly­sis Bullosa atau kulit rapuh sejak lahir kini semakin teruk apabila seluruh tubuh badannya luka selain jari melekat di antara satu sama lain.

Akibat penyakit dialaminya, Muhammad Alif Firdaus tidak boleh bergaul dengan rakan, tidak boleh ke kantin sekolah kerana dikhuatiri terjatuh dan menyebabka­n lukanya semakin teruk.

Kanak-kanak itu juga terpaksa memakai lampin pakai buang kerana tidak mampu menguruska­n diri akibat jarinya yang melekat menyebabka­n ibunya terpaksa berulang-alik ke sekolah sekurang-kurangnya tiga kali sehari.

Mengulas lanjut, Ruziah turut memohon maaf kepada pihak menawarkan rawatan serta menjual produk kerana dia terpaksa menolak secara baik.

“Ramai yang tidak tahu penyakit kulit rapuh tiada penawar yang membolehka­nnya sembuh kerana ia penyakit keturunan. Saya juga tidak boleh memberikan sebarangan ubat kerana bagi mengelak lukanya semakin teruk.

“Bukan saya berkira untuk membeli produk ditawarkan, namun sebelum ini akibat kelalaian saya juga luka Muhammad Alif semakin teruk dan saya tidak mahu mengulangi perkara itu dan semua ubat digunakan kini atas saranan doktor,” katanya.

 ??  ?? MUHAMMAD
Alif yang menghidap penyakit kulit mendapat perhatian ramai.
MUHAMMAD Alif yang menghidap penyakit kulit mendapat perhatian ramai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia