Harian Metro

MPV polis rentung botol petrol tertumpah

-

Pendang: Sebuah kereta peronda polis (MPV) hangus terbakar selepas terbabit dalam kemalangan dengan motosikal dan lori di Jalan Titi Akar, Kubur Panjang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superinten­dan Arriz Sham Hamezah berkata, dalam kejadian jam 3.30 petang itu, penunggang motosikal terbabit yang juga anggota tentera berpangkat koperal berusia 23 tahun cedera di bahagian kaki dan dihantar ke Hospital Kuala Nerang untuk mendapatka­n rawatan.

Bagaimanap­un, katanya, dua anggota MPV berusia 50 dan 30 tahun dari Balai Polis Kubur Panjang dan pemandu lori berusia 48 tahun tidak mengalami kecederaan.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika dua anggota polis MPV terbabit sedang membuat rondaan di kawasan Kubur Panjang.

“Sebaik tiba di selekoh di kawasan kejadian, tiba-tiba sebuah motosikal dipercayai terjatuh dan terbabas sebelum menggelong­sor masuk ke laluan kereta MPV polis terbabit

>>Rakan dakwa lihat mangsa bermain pemetik api sehingga sofa terbakar

menyebabka­n kenderaan itu tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal itu.

“Pada masa sama, datang lori dari arah belakang dan tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang kenderaan MPV berkenaan.

“Akibat perlanggar­an itu, kereta MPV terbabit terbabas ke bahu kiri jalan dan terbakar di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Arriz Sham berkata, hasil siasatan awal, kebakaran dipercayai berpunca daripada minyak petrol yg dibawa oleh penunggang motosikal dalam botol minuman 1.5 liter yang tertumpah ke atas bonet hadapan MPV berkenaan sehingga menyebabka­n kebakaran.

“Bagi melengkapk­an siasatan, kenderaan MPV itu akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ?? KERETA MPV dari Balai Polis Kubur Panjang terbakar selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal dan lori di selekoh di Jalan Titi Akar.
KERETA MPV dari Balai Polis Kubur Panjang terbakar selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal dan lori di selekoh di Jalan Titi Akar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia