Harian Metro

Mayat tersangkut atas bumbung

-

Melaka: “Saya tidak dapat bayangkan jika emak berada dalam bilik ketika lelaki terbabit terjatuh banguna. Mungkin sesuatu yang lebih buruk menimpa emak,” kata pemilik rumah, Tan Soo Puay, 55.

Pada kejadian kira-kira jam 10 pagi semalam, bumbung rumah Soo Puay rosak selepas pekerja kontrak warga Bangladesh terjatuh daripada tingkat 20 sebuah kondominiu­m yang dalam pembinaan terletak di belakang kediamanny­a itu.

Mangsa, Mohammad Nasir, 38, maut di lokasi akibat parah di badan. Mayat mangsa pula tersangkut di palang siling dalam bilik di tingkat atas kediaman berkenaan.

Menurut Soo Puay, setiap hari sudah menjadi rutin ibunya yang uzur akan berehat di bilik berkenaan namun kebetulan semalam, warga emas itu berada di ruang tamu di aras bawah.

“Saya terkejut sebaik terdengar dentuman sebelum pembantu rumah bergegas naik ke tingkat atas dan menemui mayat tersangkut di palang siling,” katanya ditemui di rumahnya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu Timbalan Penguasa Bomba Kamarulzam­an Md Din berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.27 pagi sebelum bergegas ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi, kami dapati mangsa sudah meninggal dunia selain terdapat runtuhan berhampira­n mayat selain kawasan rumah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

 ??  ?? KEDIAMAN mangsa bersebelah­an kondominiu­m yang dalam pembinaan.
KEDIAMAN mangsa bersebelah­an kondominiu­m yang dalam pembinaan.
 ??  ?? MAYAT Mohammad Nasir tersangkut di palang bumbung.
MAYAT Mohammad Nasir tersangkut di palang bumbung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia