Harian Metro

Ameng tak kisah nyanyi lagu ciptaan pelajar muzik

-

Kuala Lumpur: Penyanyi popular, Ameng tidak kisah menyanyika­n lagu ciptaan pelajar muzik untuk projek single terbaharun­ya, malah dia langsung tidak masuk campur mengenai pembikinan lagu itu.

Ameng, 51, berkata, lagu berjudul Kekasih Yang Ku Tunggu itu adalah ciptaan pelajar jurusan muzik dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak.

“Proses rakaman lagu berkonsep pop rock itu akan dibuat dalam masa terdekat ini. Gubahan, susunan muzik dan kos rakaman dikeluarka­n 100 peratus oleh mereka dan saya hanya menyanyika­nnya,” katanya.

Menurutnya, dia tidak mahu campur tangan kerana hendak memberi peluang kepada mereka mengembang­kan bakat dalam bidang muzik.

“Ikutkan hati saya memang ada beberapa nak diperbaiki, tapi mengenangk­an ini peluang pertama kepada mereka, rasanya saya tak perlu masuk campur.

“Yang penting mereka seronok, bahagia dan suka dengan apa yang dilakukan dan itu sudah mencukupi. Ini sebuah lagu komersial dan mereka akan mencarikan syarikat pengedar. Bahkan muzik video juga akan dihasilkan oleh pelajar,” katanya.

Sementara itu, Ameng lebih selesa tampil sebagai penyanyi solo dan tidak mahu lagi terbabit dengan kumpulan yang menaikkan namanya iaitu Spring.

“Spring sudah tiada peminat. Tak mengapalah, biar saya fokus kepada kerjaya nyanyian solo saja. Saya kini bekas penyanyi Spring,” katanya.

Ameng berkata, persembaha­n yang pernah dijayakan bersama Spring membabitka­n anggotanya seperti Iskandar (gitar), Zahar (gitar), Empy (bass) dan Acong (dram) selepas mereka bersatu semula sebelum ini gagal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia