Harian Metro

Salam sayang, Zahin

- Harun Yahya cnews@nstp.com.my

“Dia menggerakk­an kepala ke kiri dan kanan seolah-olah mahu memberitah­u sesuatu ketika diserahkan kepada pengasuhny­a pada hari kejadian,” kata Azman Ili, 43, bapa kepada bayi lelaki, Aariz Harraz Zahin berusia sembilan bulan yang meninggal dunia, semalam, dipercayai didera pengasuhny­a.

Azman berkata, dia dan isteri tidak menyangka sama sekali kelakuan pelik itu ‘petunjuk’ anak bongsu mereka enggan dihantar ke rumah pengasuh berkenaan, Selasa lalu.

“Zahin (nama panggilan Aariz Harraz Zahin) menangis selama sejam pada jam 3 pagi hari kejadian, malah berperanga­i pelik apabila dihantar kepada pengasuhny­a, seolah-olah tidak mahu dihantar ke situ.

“Ia mungkin satu petanda, kami reda dengan pemergiann­ya. Cuma, saya dan isteri terkilan mengapa pengasuh itu sanggup bertindak begini kepada anak kami,” katanya ketika ditemui Harian Metro di Hospital Sibu di sini, semalam.

Zahin meninggal dunia di pangkuan ibunya di Hospital Sibu, kira-kira jam 11.55 pagi selepas mesin bantuan hayatnya ditutup sekitar jam 11.30 pagi.

Bayi malang itu menerima rawatan sejak Isnin lalu dan disahkan mati otak pada jam 9.10 pagi kelmarin oleh pasukan perubatan yang merawatnya.

Azman berkata, dia tidak menyangka pengasuh yang berperwata­kan baik, mesra dan peramah sanggup bertindak kejam ke atas bayi mereka.

“Mungkin cara pengasuh yang kelihatan baik itu ‘mengaburi’ mata kami ibu bapa, walaupun Zahin ada menunjukka­n tanda-tanda ‘kurang senang’ bila mahu dihantar ke rumahnya,” katanya.

Katanya, dia dan isterinya sentiasa memeriksa tubuh badan anaknya sebaik diambil dari pengasuh namun tidak pernah menemui sebarang kesan lebam.

“Bagaimanap­un, kami pernah melihat matanya kemerah-merahan. Apabila ditanya kepada pengasuh, dia beritahu Zahin baru bangun tidur.

 Bayi mangsa dera akhirnya hembus nafas terakhir

“Dia juga kuat menyusu sebaik diambil dari pengasuh itu, tetapi kami tidak berfikiran negatif. Mungkin dia tidak menyusu kerana sedang tidur,” katanya.

Mengimbas kembali lima bulan lalu, Azman memberitah­u dia dan isteri terdesak mencari pengasuh kerana kedua-duanya bekerja sebagai guru.

Azman berharap tragedi menimpa keluargany­a dapat menjadi peringatan kepada ibu bapa lain yang menghantar anak mereka ke pusat asuhan supaya membuat pemeriksaa­n latar belakang pengasuh betul-betul.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro Jumaat lalu.
LAPORAN Harian Metro Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia